PM Umumkan Kelayakan Memiliki Rumah PRIMA

Berita gembira untuk mereka yang ingin memiliki kediaman sendiri iaitu rumah PR1MA,kerajaan telah mengubah dua dasar bagi membolehkan leb...


Berita gembira untuk mereka yang ingin memiliki kediaman sendiri iaitu rumah PR1MA,kerajaan telah mengubah dua dasar bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah melalui program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).

Kalau sebelum ini kelayakkan pendapatan bulanan isi rumah dihadkan pada RM10,000 dan kini ia ditingkatkan menjadi RM15,000.

Manakala tempoh menyewa,menjual (moratorium) dipendekkan daripada 10 tahun kepada lima tahun.

"Ini semua adalah langkah kerajaan yang sangat komited bagi membolehkan rakyat terutama golongan sasar dapat memiliki rumah PR1MA ini".

Pada masa yang sama harga rumah PR1MA tetap tidak berubah iaitu 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

Setakat ini bila dilihat harga rumah contoh PR1MA adalah pada harga RM270,000 berbanding RM470,000 untuk rumah yang hampir sama pada harga yang ditawarkan oleh pemaju swasta.

Apa yang penting dan kerajaan cuba lakukan untuk rakyat akhirnya akan dapat memiliki harta dan kekayaan melalui agihan daripada kerajaan seperti memiliki rumah idaman mereka sendiri.

PR1MA juga membuat satu langkah yang mudah bagi orang ramai memohon rumah melalui kaedah 'satu bumbung' dengan semua urusan untuk memohon rumah hanya diadakan di satu tempat..ini sudah tentu telah menjimatkan banyak masa.

Disitu pemohon boleh memilih lot rumah,memohon pinjaman dan guaman.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan mesra dengan komuniti PR1MA pertama di Sungai Petani semalam.

Najib berkata langkah kerajaan memudahkan proses pinjaman perumahan melalui Bajet 2017 yang diumumkan membolehkan semakin ramai rakyat mampu untuk memiliki rumah.

Katanya kerajaan menyasarkan sebanyak 500,000 unit rumah PR1MA akan dibina oleh Perbadanan PR1MA Malaysia pada masa akan datang.


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: PM Umumkan Kelayakan Memiliki Rumah PRIMA
PM Umumkan Kelayakan Memiliki Rumah PRIMA
https://4.bp.blogspot.com/-ka4Jd4PCRnE/WH3BlfSBgaI/AAAAAAAACW0/RdtZQkvhhPk7PWMFo6bdsRUmrYbcak_LACLcB/s640/najibprima.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-ka4Jd4PCRnE/WH3BlfSBgaI/AAAAAAAACW0/RdtZQkvhhPk7PWMFo6bdsRUmrYbcak_LACLcB/s72-c/najibprima.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/pm-umumkan-kelayakan-memiliki-rumah.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/pm-umumkan-kelayakan-memiliki-rumah.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy