Pengkalan TUDM Sungai Besi Berpindah Kerana Kawasan Sudah Tidak Strategik

Jika pada tahun 1950an dahulu,tidak dapat dinafikan bahawa Pengkalan Tentera Udara TUDM Sungai Besi Kuala Lumpur adalah yang paling strat...


Jika pada tahun 1950an dahulu,tidak dapat dinafikan bahawa Pengkalan Tentera Udara TUDM Sungai Besi Kuala Lumpur adalah yang paling strategik beroperasi.

Namun selepas 50 ke 60 tahun selepas itu hasil daripada perkembangan pesat Kuala Lumpur,maka tapak pengkalan tentera udara berkenaan tidak mampu lagi menampung kewajarannya untuk beroperasi disitu.

Mana tidaknya,jika kita lihat dikawasan berhampiran,sudah muncul bangunan pencakar langit bagaikan 'cendawan selepas hujan'.

Kalau mengikut kata dari lapiji sotong,pengkalan tentera udara Sungai Besi adalah yang terpenting kerana berada di dalam bandar,tidakkah beliau terfikir jika ada sebarang misi pengintipan terhadap sistem keselamatan dan pertahanan negara kita,maka cukup mudah untuk para pengintip melihat sesuatu aktiviti dan rahsia dalaman kem tentera tersebut yang hanya boleh dilihat melalui jendela bangunan-bangunan tinggi disekitar kem berkenaan.

Malah agak 'bodoh' sekiranya pihak berkuasa menjalankan oparasi ketenteraan di sebuah kem yang berada di 'bawah' bangunan tinggi,khususnya premis pejabat dan perumahan.

Tidak terfikirkah kita betapa mudahnya kem tersebut disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?Bagi mereka yang amat suka 'mempolitikkan'semua perkara,mungkin soal ini sukar untuk mereka berfikir.

Oleh sebab itu kem tentera udara berkenaan berpindah ke tempat yang lebih selamat,malah jauh lebih selesa berbanding yang ada sekarang ini.

Ia bukan semata-mata untuk pembangunan The Greater Kuala Lumpur sahaja, sebaliknya faktor keselamatan negara, kawalan infrastruktur pertahanan negara dan keselesaan kem serta berimpak tinggi terhadap operasi ketenteraan negara turut diambil kira dalam soal ini.

Cuma,apa yang dikesalkan adalah serangan dari pihak pembangkang yang cuba mempertikaikan tindakan kerajaan memindahkan kem tersebut ke sebuah lokasi yang lebih strategik dan selesa.

Tuduhan mereka proses penjualan tapak lokasi itu kepada pemaju swasta untuk pembangunan komersil Bandar Malaysia adalah bawah nilai harga pasaran.

Oleh itu kerajaan tampil menafikan bahawa penjualan itu sebagai program pertukaran tanah dan kerajaan (Kementerian Pertahanan) dan pemaju swasta peroleh keuntungan bersama sedangkan sebarang kerugian ditanggung rakyat selaku pembayar cukai. 

Mana mungkin sebuah projek atau perkara yang masih belum terjadi dituduh seakan telah berlaku?

Ikut logik pembangkang, jika kita membangunkan sebidang hartanah untuk manfaat masa depan, ia boleh mengundang kepada  kerugian.

Walhal, persepsi ini hanyalah propaganda pembangkang yang mahu melibatkan rakyat bersama sama menentang pembelian tanah oleh 1MDB demi kepentingan pemilikan hartanah Melayu.

Dalam penjualan kem tentera udara itu kepada 1MDB, ia dilakukan pada harga RM1.6 bilion atau RM74.20 kaki persegi sedangkan nilai tanah di sekitar bandar raya ini, mencecah antara RM500 hingga RM1,000 kaki persegi.

Jadi, adakah Kerajaan sedang berusaha 'melenyapkan' kem tentera udara berkenaan seperti didakwa pembangkang?

Selain daripada mahu menjadikan kawasan itu sebagai bandaraya moden dunia, kem tentera udara tersebut terpaksa 'diubah' demi untuk memastikan ia lebih strategik.

Serba sedikit Tentang Pengkalan TUDM Sungai Besi

Ia merupakan sebuah pengkalan tentera udara yang agak strategik kerana terletak hampir dengan Kuala Lumpur. Selain Sungai Besi, ibunegara juga dihimpit dengan lapangan terbang tentera di kawasan Kampung Melayu, Subang.

Saya pasti salah satu dari landasan udara ini mesti dikekalkan kerana dalam peperangan atau bencana, ia akan menjadi “life line” kepada penduduk warga ibukota sebagaimana sejarah pernah mencatatkan kepungan Berlin oleh Soviet di mana tentera bersekutu seperti Amerika Syarikat dan Britain terpaksa menghantar bekalan keperluan harian kepada penduduk Berlin melalui udara (anda boleh semak mengenai operasi ini di internet, Berlin Blockade).

Walaupun ia strategik pada satu ketika dahulu tetapi kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya dan ibunegara bakal membenarkan macam-macam perkara untuk berlaku seperti sabotaj dan hal-hal kecemasan lain yang mungkin membahayakan kedudukan penempatan disekitarnya.

Kedudukan lapangan terbang yang terbuka, hampir dengan masyarakat am serta laluan utama negara membolehkan sebarang aktiviti pemantauan terhadap lapangan terbang tersebut dibuat dengan mudah.

 

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Pengkalan TUDM Sungai Besi Berpindah Kerana Kawasan Sudah Tidak Strategik
Pengkalan TUDM Sungai Besi Berpindah Kerana Kawasan Sudah Tidak Strategik
https://1.bp.blogspot.com/-aUXYjhPzt4w/WG9eYLs-acI/AAAAAAAACNM/avte07LPaSoaYTKH4R6FXsdR5uHBdrwnACLcB/s400/tudm%2Bsgbesi.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-aUXYjhPzt4w/WG9eYLs-acI/AAAAAAAACNM/avte07LPaSoaYTKH4R6FXsdR5uHBdrwnACLcB/s72-c/tudm%2Bsgbesi.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/pengkalan-tudm-sungai-besi-berpindah.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/pengkalan-tudm-sungai-besi-berpindah.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy