Kajian Terhadap Kredebiliti Media Konvensional Dan Media Sosial

Persepsi rakyat terhadap kerajaan kini sangat negatif  kerana dipengaruhi oleh media baharu yang rata-rata adalah antikerajaan walaupun ...



Persepsi rakyat terhadap kerajaan kini sangat negatif  kerana dipengaruhi oleh media baharu yang rata-rata adalah antikerajaan walaupun pada hakikatnya,kerajaan telah melakukan dengan yang terbaik untuk membangunkan negara.

Kajian menunjukkan hanya 6.6 peratus media baharu di negara ini menyokong kerajaan manakala 93.4 peratus lagi merupakan media baharu antikerajaan.

Ramai yang mempertikaikan kesahihan data tersebut.Adakah ianya diperolehi dari sumber yang sahih atau pun sekadar angka yang dipilih memandangkan beliau dikatakan tidak begitu "mesra" media sosial.

Kajian empirikal ini telah diketuai oleh YBhg.Prof Syed Arabi Idid,seorang pakar bidang komunikasi di Malaysia.

Objektif kajian dilaksanakan bagi menilai peranan pemain media sosial berunsur politik dalam mempengaruhi netizen pasca PRU ke -13.Berdasarkan kajian yang dibuat terhadap netizen di media sosial,mendapati netizen lebih mempercayai saluran media sosial berbanding media konvensional.

Ini berdasarkan lebih 2,000 netizen yang aktif dalam facebook dan twitter sebagai responden.Faktornya kerana media sosial lebih cepat menyampaikan maklumat dan lebih mudah diperolehi.

Penemuan menunjukkan pengaruh televisyen menurun dari 42 peratus dalam tahun 2015 menjadi 39 peratus dalam tahun 2016.Begitu juga bagi pembacaan akhbar menurun dari 30 peratus ke 25 peratus dan radio dari 25 peratus dalam tahun 2015 ke 21 peratus dalam tahun 2016.

Walau bagaimanapun kepercayaan terhadap internat telah meningkat  dari 50 peratus pada bulan Disember 2015 menjadi 69 peratus dalam bulan Ogos 2016.Pada hakikatnya,media sosial adalah satu fenomena bandar yang sangat pesat berkembang.

Sementara kajian ini juga telah menilai peranan dan daya kekonsistenan pemain media sosial berunsur politik dalam arus media sosial pasca PRU ke-13.

Kajian mendapati bahawa nisbah 1 blogger @facebooker pro-UMNO berlawan dengan 15 blogger @facebooker anti-UMNO (pembangkang).Ini bermakna ratio 1 nisbah 15.

Dalam bentuk figura peratusan pula,kajian menemui hanya 6.6 peratus 'cybertroppers' pro kerajaan yang masih aktif berbanding 93.4 peratus 'cybertroopers' pembangkang dikoordinasi dengan strategik dan berkesan dalam media sosial.

Kajian mendapti dalam suatu proses perkembangan media sosial di Malaysia,ia membangun secara konstruktif ibarat graf inverted parabola (bermula dari bawah dan melonjak ke tahap tinggi kemudian menurun ke bawah kembali).

Kelok graf ini adalah berdasarkan senario sebelum PRU ke-12,kemudian graf melonjak ke atas pada PRU ke-13 dan kembali menurun pasca PRU ke-13.

Ini jelas menunjukkan peratusan yang dikongsikan oleh YAB TPM adalah data yang paling tepat dan terkini berdasarkan kajian kuantitatif dan imperikal.Malah inilah realiti yang harus ditelan oleh semua pihak sekalipun ianya pahit.

Persoalannya,mengapa sesetengah pihak salah faham terhadap maksud 6.6 peratus blogger pro-BN yang aktif dianggap hanya 6.6 peratus netizen yang masih pro-BN.Ini dua penaakulan yang jauh berbeza.

Selain itu,kajian juga menemui 3 kelemahan cybertroopers UMNO pasca PRU-13 yang harus ditambahbaik.

1.Terlalu lambat membuat 'counter attack-menyerang balas fitnah.

2.Banyak blog / Portal Pro UMNO sudah lenyap - Dalam kajian,selepas UMNO memenangi PRU ke-13 lebih daripada 100 blog / portal pro UMNO telah tidak aktif.Ditambah pula dengan beberapa krisis pemimpin UMNO yang meninggalkan parti membawa bersama 'cytroteam' mereka.

3. Kelemahan Koordinasi - Peperangan dia alam siber memerlukan kemahiran yang tinggi dari aspek pemikiran,organisasi dan strategi.Dari aspek pemikiran,jentera siber akan bertambah lemah apabila menghadapi masalah kepimpinan,sebagaimana yang berlaku sekarang.

Apabila kajian menunjukkan lebih 100 blog / portal / tweeter / facebook dan sebagainya pro kerajaan lenyap,ini kerana isu organisasi pasukan yang lemah dan tunggang langgang.

Kesimpulannya kita harus menerima realiti ini sebagai 'wakeup-call' kepada parti dalam menghadapi PRU ke-14.

Inilah kesiapsiagaan cybertroopers BN selaku angkatan semboyan pertama parti dalam menghadapi team Psywar pembangkang.Semua kita harus bersepadu berganding bahu sebagai tembok pertahanan parti bergelar "BLUE WAVE ARMY".



 https://youtu.be/-ieK7zB0cvg

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Kajian Terhadap Kredebiliti Media Konvensional Dan Media Sosial
Kajian Terhadap Kredebiliti Media Konvensional Dan Media Sosial
https://4.bp.blogspot.com/-mcTOQx4fedU/WIb4cC30JZI/AAAAAAAACgM/0QSBSKAb8dQZOFEFcnfJSFR5mzCdsDZ3ACLcB/s400/zahidpwtc2.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-mcTOQx4fedU/WIb4cC30JZI/AAAAAAAACgM/0QSBSKAb8dQZOFEFcnfJSFR5mzCdsDZ3ACLcB/s72-c/zahidpwtc2.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/kajian-terhadap-kredebiliti-media.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/kajian-terhadap-kredebiliti-media.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy