Jual Aset Negara Kepada China… Satu Dakwaan Politik Kelirukan Fakta Pelaburan Perniagaan

Dakwaan kononnya kerajaan menjual aset negara kepada negara China yang tersebar di media sosial merupakan satu tuduhan yang tidak berasas...


Dakwaan kononnya kerajaan menjual aset negara kepada negara China yang tersebar di media sosial merupakan satu tuduhan yang tidak berasaskan fakta yang sebenar dan perkara itu hanyalah sekadar satu propaganda politik demi untuk kepentingan politik pihak pembangkang, demikian jelas seorang pensyarah dan penganalisa politik, Prof Madya.Dr Hanafiah Harun.

Menurut beliau, dakwaan seperti itu disebarkan bertujuan mengelirukan rakyat tentang keadaan yang sebenar sekaligus untuk menimbulkan syak wasangka dan persepsi negatif terhadap usaha-usaha kerajaan untuk membangunkan negara ini.

“Contohnya dalam isu tanah TUDM yang baru-baru ini heboh dikatakan telah dijual kepada China. Sebenarnya tanah TUDM itu masih lagi milik negara dan kem tersebut dipindahkan bukanlah sebab ianya telah dijual kepada China, tetapi hanya kerana beberapa faktor keselamatan dan juga disebabkan faktor pembangunan, di mana tapak tersebut juga merupakan salah satu tapak yang akan dibangunkan untuk projek Bandar Malaysia.

“Dan dalam beberapa bahagian pembangunan bandar Malaysia itu,  memang ada syarikat-syarikat daripada China yang memenangi bidaan tender untuk terlibat dalam pembangunan Bandar Malaysia tersebut. Itu saja. Tidak timbul soal penjualan aset negara kepada negara luar.

“Perjanjian perniagaan yang dibuat kerajaan Malaysia dengan negara luar bukanlah kali pertama berlaku di negara ini, malah sepanjang pembangunan negara di bawah Perdana Menteri yang sebelum ini juga berlakunya kerjasama perniagaan di antara Malaysia dan negara-negara luar.

“Seperti biasalah, sekiranya berlaku perjanjian perniagaan antara dua negara, sudah pastinya akan berlakunya beberapa perkara seperti dalam urusan seperti pejualan dan pembelian hak pemilikan saham, pertukaran kepakaran dan teknologi, serta pemberian tender-tender kerajaan kepada syarikat-syarikat di negara yang mana Malaysia telah memeterai perjanjian bersama,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Ketika di zaman pemerintahan Tun Mahathir sebelum ini dengan dasar pandang ke timurnya, beliau telah memilih negara yang pernah menjajah Malaysia, Jepun sebagai rakan kongsi perniagaan dan pertukaran teknologi.

“Ketika di zaman Tun juga berlakunya proses pinjaman dana dari negara Jepun dan ada syarikat-syarikat dari negara tersebut yang memenangi tender dalam melaksanakan projek-projek kerajaan sepanjang tempoh perjanjian tersebut. Mengapa ketika itu tidak ada yang kata Malaysia telah dijual kepada Jepun?

“Begitu juga baru-baru ini, TNB telah membeli 30 peratus saham loji  kuasa janaan gas 235MW milik GMR Energy Limited di Kakinada, Andhra Pradesh, India. Dengan pembelian saham sebanyak 30 peratus oleh TNB ini, apakah ini bermakna India telah menjual asetnya kepada Malaysia? Begitu juga dengan pelaburan Petronas RM25.6 billion dalam kerja-kerja penerokaan minyak dan gas di Turkmenistan, apakah Turmenistan telah menjual aset negaranya kepada Malaysia? ,” soal beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau berpandangan langkah kerajaan dalam menjalinkan kerjasama dengan negara China ini amat tepat pada masanya memandangkan China bakal muncul sebagai kuasa ekonomi terbesar di dunia dengan dasar terbukanya hari ini.

“Ada orang kata, dengan perjanjian antara Malaysia dan China yang membawa hasil pelaburan sebanyak RM 144 bilion, maka kita akan terjajah dengan China. Apakah mereka lupa, bahawa hubungan antara Malaysia dan China bukan hanya bermula hari ini.

“Sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman kegemilangan Melaka lagi, kita telah menjalinkan hubungan rapat dengan China.  Bahkan ada Sultan Melaka yang mengahwini puteri Maharaja China pada waktu itu. Jika benar China mahu menjajah, maka sudah lama mereka akan menjajah kita.

“Jika dulu kita menjalankan dasar pandang ke timur dengan memilih Jepun sebagai rakan niaga berdasarkan pelbagai faktor-faktor semasa, khususnya faktor ekonomi ketika itu, maka di era pemerintahan Datuk Seri Najib, kerajaan telah membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan negara tersebut kerana sepertimana yang kita tahu, ekonomi China dilihat semakin kukuh dan bakal muncul sebagai gergasi ekonomi Asia dan dunia sedikit masa lagi,” jelasnya.

-MediaUMNO

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Jual Aset Negara Kepada China… Satu Dakwaan Politik Kelirukan Fakta Pelaburan Perniagaan
Jual Aset Negara Kepada China… Satu Dakwaan Politik Kelirukan Fakta Pelaburan Perniagaan
https://4.bp.blogspot.com/-70q1n_En8Hw/WIcoIWTkfiI/AAAAAAAACg0/Cftyo0RUh0gAnbOXHTwKQkleWgV33aPBACLcB/s400/230117-Mohd-Hanafiah-Harun-Investment-China-768x768.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-70q1n_En8Hw/WIcoIWTkfiI/AAAAAAAACg0/Cftyo0RUh0gAnbOXHTwKQkleWgV33aPBACLcB/s72-c/230117-Mohd-Hanafiah-Harun-Investment-China-768x768.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/jual-aset-negara-kepada-china-satu.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/jual-aset-negara-kepada-china-satu.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy