Isu Kapcai : Tidak Di Laksanakan Jika Rakyat Tidak Setuju - Tengku Adnan

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan bahawa larangan motosikal kapcai daripada memasuki pusat ban...

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan bahawa larangan motosikal kapcai daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sekadar cadangan dan tidak akan dilaksanakan jika rakyat tidak bersetuju.

Tengku Adnan berkata,cadangan itu telah diputar belitkan oleh pihak tertentu.

"Kami merasai nadi rakyat,kalau rakyat tidak mahu,kami akan ikut pandangan rakyat,jadi pengguna motosikal kapcai jangan bimbang dan kita tidak akan laksanakannya".

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata cadangan itu adalah antara usaha untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon selain bagi menangani jenayah ragut dan pelaksanaannya akan dipertimbangkan jika pengangkutan awam dapat menyediakan tambang yang berpatutan kepada para penumpangnya.

“Kita sedang melihat perkara (cadangan) ini, saya kata ‘berkemungkinan’, mungkin ya atau mungkin tidak.

“Saya tahu bahawa kebanyakan warga kita perlukan kenderaan ini (motosikal kapcai), kebanyakan rakyat khususnya golongan bawahan, mereka menggunakan kenderaan ini ke tempat kerja dan sebagainya kerana ia menjimatkan,” katanya.

Laporan berkenaan cadangan itu menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai maklum balas orang ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan butik ‘ready to wear’ atau RTW yang dikenali sebagai Bohari milik pereka fesyen, Ridzuan Bohari di Sunway Putra Mall di sini.

Beliau berharap Kuala Lumpur akan terus menjadi ‘Syurga Membeli-belah’ menerusi lebih banyak pembukaan outlet perniagaan di pusat beli-belah sekitar ibu kota.

“Dengan wujudnya banyak outlet sebegini (seperti perniagaan Bohari) ia sedikit sebanyak menarik lebih ramai pengunjung datang ke Kuala Lumpur, dan kita harapkan produk-produk tempatan juga berkembang ke peringkat antarabangsa,” katanya.

-sumber Bernama.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Isu Kapcai : Tidak Di Laksanakan Jika Rakyat Tidak Setuju - Tengku Adnan
Isu Kapcai : Tidak Di Laksanakan Jika Rakyat Tidak Setuju - Tengku Adnan
https://4.bp.blogspot.com/-XS0oSsSHo6w/WIBZqWQGyII/AAAAAAAACZ8/vj6cEeHH0agl4lTWbxg8O-B_haaQkwvdACLcB/s400/tengku-adnan_kapcai_600.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-XS0oSsSHo6w/WIBZqWQGyII/AAAAAAAACZ8/vj6cEeHH0agl4lTWbxg8O-B_haaQkwvdACLcB/s72-c/tengku-adnan_kapcai_600.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/isu-kapcai-tidak-di-laksanakan-jika.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/isu-kapcai-tidak-di-laksanakan-jika.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy