Hari Tanpa Beg Plastik Yang Jelas Untungkan Pasaraya Besar,Tindas Pengguna

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Azmin Ali yang melaksanakan ...

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Azmin Ali yang melaksanakan dasar ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ di seleruh negeri Selangor bermula 1 Jan lalu, ujar Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah.

Tambahnya, beliau tertarik dengan isu 20 sen untuk beg plastik yang dikenakan pada penguna-pengguna atau rakyat di negeri Selangor ini yang mana kerajaan negeri melaksanakan dasar yang jelas dilihat menekan rakyat dengan memberikan keuntungan pada syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga.

“Persoalan saya kemana pergi 20 sen ini? Bagi saya ini satu dasar yang tidak patut dilaksanakan khususnya bagi kepentingan rakyat selaku penguna.

“Sepatutnya cari penyelesaian isu ini jika ianya bersangkutan dengan isu alam sekitar, bukannya menekan rakyat. Dalam perkara ini ianya lebih menguntungkan pasaraya-pasaraya besar dan peniaga-peniaga.

“Jika kita lihat sejak ianya dilaksanakan pelbagai rintihan dan laporan telah dibuat oleh penguna kepada KPDNKK mengenai isu ini. Saya berharap pihak KPDNKK mengambil serius isu ini demi kepentingan rakyat daripada kepentingan pasaraya-pasaraya besar ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya mempersoalkan di mana FOMCA dan persatuan-persatuan penguna dalam isu ini yang dilihat berpeluk tubuh dan tidak bersuara memperjuangkan hak rakyat ini.

“Dalam isu ini saya lihat, pasaraya besar ini mengambil kesempatan terhadap penguna, sepatutnya mereka inilah yang menjaga kepentingan penguna.

“Bukankah lebih baik ianyanya diberikan secara percuma sebahagian daripada tanggungjawab CSR hypermarket pada penguna?,” tambahnya.

Jelas beliau lagi sekiranya kerajaan Selangor masih lagi mengatakan ianya adalah pendekatan terhadap alam sekitar, berikan cadangan penyelesaian isu ini atau alternatif bagi mengurangkan bebanan rakyat bukan menekan rakyat.

“Saya mohon pihak KPDNKK mengambil pendekatan dengan berbincang dengan pasaraya-pasaraya ini mencari jalan penyelesaian bagi kepentingan rakyat.

“Kita berpendapat kerajaan Pusat harus menekan hypermarket ini untuk membekalkan beg alternatif pada penguna secara percuma agarnya tidak membebankan rakyat,” ujarnya lagi.






-umno online


**Semua ini pulak dilakukan pada ketika para penyokong mereka melalak di seluruh negara mengenai kenaikan kos sara hidup.  Eloklah balacinya melalak pasal kenaikan kos sara hidup, pimpinan mereka ‘menambah’ susah rakyat dengan mengenakan caj 20 sen untuk setiap beg plastik ketika membeli barang keperluan.



COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Hari Tanpa Beg Plastik Yang Jelas Untungkan Pasaraya Besar,Tindas Pengguna
Hari Tanpa Beg Plastik Yang Jelas Untungkan Pasaraya Besar,Tindas Pengguna
https://4.bp.blogspot.com/-BfKnmtDrPgk/WH8vNevq__I/AAAAAAAACZs/RaZy2g50WGQUaA-aliQ0G3HHok4ntsb3QCLcB/s640/20sen.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-BfKnmtDrPgk/WH8vNevq__I/AAAAAAAACZs/RaZy2g50WGQUaA-aliQ0G3HHok4ntsb3QCLcB/s72-c/20sen.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/hari-tanpa-beg-plastik-yang-jelas.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/hari-tanpa-beg-plastik-yang-jelas.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy