Harga Getah Naik Lagi

Harga getah penanda aras pasaran tempatan,Standard Malaysia Rubber (SMR) 20,merekodkan paras tertingginya dalam tempoh tiga tahun iaitu ...



Harga getah penanda aras pasaran tempatan,Standard Malaysia Rubber (SMR) 20,merekodkan paras tertingginya dalam tempoh tiga tahun iaitu RM9.565 sekilogram hari ini,meningkat 26.5 sen atau 2.84 peratus daripada RM9.30 semalam.

Harga gred getah yang digunakan dalam pelbagai industri berasaskan getah,terutama pembuat tayar itu telah meningkat lebih 100 peratus daripada paras rendah yang dicatatkannya sejak Februari lalu pada paras RM4.25 sekilogram.

Kali terakhir harga SMR20 pada paras antara RM9 hingga RM10 sekilogram adalah pada awal 2013.

Penganalisis berkata, harga getah di pasaran tempatan dan global dijangka terus kekal tinggi tahun ini, disokong permintaan tinggi dari China serta bekalan yang terhad di negara pengeluar utama ekoran faktor cuaca.

Ketika ini, bencana banjir di selatan Thailand juga mengehadkan bekalan getah yang mana secara langsung mendorong harga getah untuk terus melonjak. MIDF Research menjangka harga getah akan terus disokong oleh permintaan dari China yang kukuh berikutan cukai pembelian kenderaan di ekonomi kedua terbesar dunia itu masih rendah di bawah 10 peratus.

Firma penyelidikan itu berkata, permintaan kenderaan di China yang tinggi secara langsung akan melonjakkan permintaan untuk membuat tayar kereta dan pada masa sama meningkatkan harga getah.

"Kadar permintaan kenderaan di China meningkat tahun lalu setelah kerajaan China menurunkan cukai pembelian kenderaan dengan kapasiti enjin 1.6 liter kepada lima peratus berbanding 10 peratus sebelum itu.

 "Walaupun kerajaan China telah menaikkan kadar cukai pembelian kenderaan kepada 7.5 peratus tahun ini berbanding lima peratus pada tahun lalu, kadar permintaan dianggarkan akan tetap di paras yang tinggi kerana cukai pembelian masih di bawah 10 peratus," katanya.

Firma penyelidik itu berpendapat, harga getah akan tetap dijual-beli pada lingkungan kadar RM5-RM7 sekilogram tahun ini.


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Harga Getah Naik Lagi
Harga Getah Naik Lagi
https://1.bp.blogspot.com/-A_O5mtdpLNs/WHimcBZ4f7I/AAAAAAAACUQ/CVGv6LaHyx4OBwzcZyBu2pCPKsgxOVwHACLcB/s640/getah.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-A_O5mtdpLNs/WHimcBZ4f7I/AAAAAAAACUQ/CVGv6LaHyx4OBwzcZyBu2pCPKsgxOVwHACLcB/s72-c/getah.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/harga-getah-naik-lagi.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/harga-getah-naik-lagi.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy