Harapkan Pagar,Pagar Makan Padi

Mereka sepatutnya bertanggungjawab memastikan tiada penyeludupan dadah berlaku di pintu sempadan Malaysia-Thailand. Namun bagaikan pepa...


Mereka sepatutnya bertanggungjawab memastikan tiada penyeludupan dadah berlaku di pintu sempadan Malaysia-Thailand.

Namun bagaikan pepatah 'harapkan pagar,pagar makan padai' begitulah sikap tiga anggota polis yang ditugaskan di Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Bukit Kayu Hitam apabila bertindak menyeludup bahan itu ke negara ini.

Lebih mengejutkan, ketiga-tiga anggota polis berpangkat rendah itu dipercayai terlibat secara langsung dengan sindiket dadah yang aktif di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati ketiga-tiga anggota polis itu menjalankan ke­giatan tersebut bukan pada waktu bekerja atau menggunakan kuasa mereka.

“Kita masih menyiasat lanjut peranan ketiga-tiga mereka dan empat lagi anggota polis yang ditahan semalam dan kelmarin.

“Mungkin disebabkan mereka dikenali di pintu sempadan sini (Malaysia) dan sana (Thailand) membuatkan mereka lebih mudah untuk menyeludup dadah tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan telah merampas dadah bernilai RM6.7 juta berikutan penahanan lapan individu termasuk tujuh anggota polis tersebut dalam lima serbuan bersama Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) pada Isnin dan semalam.

“Dalam serbuan di negeri ini dan Kuala Lumpur itu, pihak STING te­lah menahan tujuh anggota polis termasuk pegawai berpangkat Asisten Superintenden dan seorang awam yang kesemuanya lelaki berumur antara 27 hingga 43 tahun.

“Pegawai terbabit bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Bukit Aman, Kuala Lumpur bersama tiga lagi anggota polis berpangkat rendah manakala tiga lagi anggota polis berpangkat rendah di kontinjen Kedah dan seorang awam dari negeri ini,” katanya.

Menurut Asri, tiga serbuan dilakukan di negeri ini kelmarin manakala dua lagi adalah di Kuala Lumpur, semalam.

“Kita telah merampas 75 kilogram dadah dipercayai syabu bernilai RM5.25 juta, 7.4 kilogram heroin base (RM740,000), 4,040 biji pil yaba (RM80,800) dan 70 gram ketulan mampat ganja (RM150) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM6.7 juta.

“Dalam serbuan tersebut, kita juga turut merampas pelbagai mata wang Saudi (riyal), Indonesia (rupiah), Thailand (baht) dan Korea (won) selain ringgit yang semuanya dianggarkan bernilai RM263,000 selain menyita harta berjumlah RM791,000.

“Selain itu, kita juga merampas sebanyak tujuh buah kenderaan iaitu dua buah Mini Cooper, To­yota Vios, Subaru Impreza, Proton Persona, Perodua Kelisa dan motosikal Ducati Monster yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM485,000,” ujarnya.

Asri memberitahu, pihak polis telah membuat intipan hampir setahun terhadap sindiket ini yang mendapatkan bekalan dadah daripada negara jiran yang dipercayai untuk pasaran di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Kesemua mereka direman mulai semalam hingga Isnin ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Pihak polis sama sekali tidak akan berkompromi walaupun yang terlibat di dalam kes ini adalah pegawai dan anggota polis,” katanya.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Harapkan Pagar,Pagar Makan Padi
Harapkan Pagar,Pagar Makan Padi
https://4.bp.blogspot.com/-KF44JG6aoV4/WIBprdfCz6I/AAAAAAAACao/EcVH8KsEMtU26z0njTiB7-RWnxCCZLGvACLcB/s400/sting.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-KF44JG6aoV4/WIBprdfCz6I/AAAAAAAACao/EcVH8KsEMtU26z0njTiB7-RWnxCCZLGvACLcB/s72-c/sting.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/harapkan-pagarpagar-makan-padi.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/harapkan-pagarpagar-makan-padi.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy