Food Truck Lahirkan Ramai Usahawan Muda

Kebanyakkan peniaga trak makanan ni dahulunya hanya menjalankan perniagaan secara sambilan kerana masih mempunyai pekerjaan tetap.Namun s...


Kebanyakkan peniaga trak makanan ni dahulunya hanya menjalankan perniagaan secara sambilan kerana masih mempunyai pekerjaan tetap.Namun setelah menerima respon yang memberangsangkan dari pelanggan,ada yang tekad melakukan perniagaan secara sepenuh masa.

Bagi mereka,perniagaan seperti ini ianya lebih jimat kerana tidak perlu membayar sewa premis dan hanya fokus kepada kaedah pemasaran untuk menarik pelanggan.Modal pula dikeluarkan untuk perkara-perkara penting seperti minyak kenderaan,bahan mentah dan sebagainya.

Pada masa yang sama berkaitan pemasaran,mereka hanya perlu mempamerkan reka bentuk trak yang menarik sebagai tarikan orang ramai.Kata mereka disebabkan trak makanan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain,cara itu memadai untuk memberi tahu pelanggan berkaitan perniagaan yang kami jalankan.Selain itu,sebagai orang muda penggunaan media sosial amat penting sebagai medium bagi membantu mengembangkan perniagaan yang diusahakan menerusi laman Instagram dan Facebook yang memaparkan lokasi dan jadual pergerakkan trak makanan dari semasa ke semasa.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga ada menawarkan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (Spim) kepada para usahawan perniagaan bergerak yang menggunakan kenderaan.

Antara kemudahan disediakan dalam pembiayaan SPiM itu ialah pembelian harta tetap iaitu mesin atau peralatan, pengubahsuaian premis perniagaan dan pemberian modal pusingan. "Had pembiayaan diberikan untuk skim ini ialah RM250,000 untuk syarikat milikan tunggal atau perkongsian manakala RM500,000 bagi syarikat sendirian.

MARA turut menyediakan Skim Khidmat Nasihat Perniagaan kepada usahawan trak makanan yang menghadapi masalah atau mahu meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka. "Bantuan daripada skim ini turut merangkumi bantuan dari segi promosi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan konsep, pemasaran dan juga 'Business Coaching'. "Khidmat nasihat ini dapat membantu para usahawan untuk menyemai keyakinan diri dan bagaimana untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam perniagaan ini.

Jangan cakap kerajaan tak payung bantuan naa....


Industri sajian makanan menjadi pilihan warga tempatan terutamanya usahawan bumiputera kerana nilai estetika makanan tersebut yang tinggi di pasaran.

Ramai usahawan bijak mengambil peluang mengaut pendapatan lumayan melalui penjualan makanan. Apatah lagi, jika sajian tersebut enak dan popular, nyatakan di mana saja destinasi, penggemar makanan pasti akan mencarinya.

Terbaharu, pendekatan sajian makanan menerusi food truck atau trak makanan yang telah lama popular di Barat kini semakin mendapat tempat di negara ini.

Setiap hari, hasil pendapatan perniagaan makanan menerusi jualan kaedah trak makanan dianggarkan mencecah RM 25 bilion di seluruh dunia.

Menurut para peniaga trak ini sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan. Secara purata perniagaan melalui trak makanan boleh menjana pendapatan sehingga RM 20,000 sebulan.

Ada juga kebanyakan penganjur acara melibatkan program kerajaan mahupun swasta, lebih berminat memilih peniaga-peniaga trak makanan untuk turut serta dalam program yang dilaksanakan kerana faktor lokasi, pengelolaan yang lebih teratur dan faktor kebersihan.

“Dalam tempoh setahun ada banyak acara yang dianjurkan, kebanyakannya acara-acara melibatkan jabatan kerajaan seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) misalnya, memberi peluang yang lebih kepada kami.

Walau bagaimanapun pengusaha trak makanan ini tidak menafikan terdapat kekangan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap konsep jualan makanan bergerak,diharap pihak berkuasa tempatan dapatlah memberi lesen untuk usahawan-usahawan trak ini.








COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Food Truck Lahirkan Ramai Usahawan Muda
Food Truck Lahirkan Ramai Usahawan Muda
https://1.bp.blogspot.com/-MolpNZ1hq0E/WH2f194EfAI/AAAAAAAACWY/7uXA8HY1Tg8MiiQWEcA4diOVenai2Cy4wCLcB/s400/foodtruck1.JPG
https://1.bp.blogspot.com/-MolpNZ1hq0E/WH2f194EfAI/AAAAAAAACWY/7uXA8HY1Tg8MiiQWEcA4diOVenai2Cy4wCLcB/s72-c/foodtruck1.JPG
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/food-truck-lahirkan-ramai-usahawan-muda.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/food-truck-lahirkan-ramai-usahawan-muda.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy