Fahmi Reza Kartunis Yang Menghina PM Berjaya Lepasi Imigresen KLIA Dengan Bantuan Inspektor 'R'

Kartunis konterversi Fahmi Reza yang seringkali membuat karikatur terhadap perdana menteri dengan berwajah badut semalam sudah berlepas k...


Kartunis konterversi Fahmi Reza yang seringkali membuat karikatur terhadap perdana menteri dengan berwajah badut semalam sudah berlepas ke Taiwan.

Kenyataan aktivis pro pembangkang bahawa beliau melepasi halangan untuk ke luar negara sebagaimana yang tersebar di media sosial menggambarkan wujud musuh dalam selimut di kalangan anggota penguatkuasa negara,sama ada pihak polis,imigresen atau sesiapa sahaja.

Beliau juga dengan bongkaknya menceritakan bagaimana beliau melepasi halangan pemeriksaan di pintu keluar masuk negara dengan bantuan seorang yang dikenali sebagai inspektor R dan juga pegawai imigresen yang menjaga data sistem pelepasan tersebut.

"Aku tahu untuk selesaikan masalah ni aku perlu cari sumber utama yang menyebabkan aku kena blacklist, dan cuba cari jalan untuk dapatkan kerjasama mereka untuk membetulkan keadaan.

Macam aku cerita sebelum ni, selepas aku buat siasatan, Inspektor R lah yang menyebabkan aku kena blacklist. Jadi Insp. R jugalah yang aku fikir boleh keluarkan aku dari senarai tu.

Aku perlu bagi kredit kepada Insp. R yang sentiasa bersikap profesional, tak melayan aku seperti seorang kriminal walaupun pada awalnya dia sendiri yang buka kertas siasatan terhadap aku berhubung salah satu imej muka badut Najib di akaun Twitter aku tahun lalu, dan masukkan nama aku dalam senarai wanted polis.

Jadi macam mana aku boleh lepas sekatan imigresen pagi tadi?

Sebenarnya ia disebabkan gabungan usaha dan nasib.

Semua usaha dan rancangan aku akan gagal kalau Insp. R tak dapat dihubungi atau tak dapat datang airport kalau aku kena sekat. Hari tu aku cerita Insp. R kata dia tak dapat datang airport sebab dia kena bertugas pagi ni.

Kartunis Hina PM Mengaku Inspektor Polis Bantu Lepasi Larangan Ke Luar Negara

Aku sampai airport jam 6:30 pagi tadi. Selepas aku selesai check in baggage aku, tiba-tiba aku terima satu SMS berbunyi, “saya otw”. SMS tu datang dari Insp. R!

Aku balas, “baik, saya tunggu di depan pintu Pelepasan Antarabangsa”.

Setengah jam kemudian, muncul seorang lelaki yang tanya, "awak Fahmi Reza ke?" Aku jawab, "ya". Dia jabat tangan aku sambil kata, “semua dah settle”. Dia bagitahu aku, bila dia sampai airport, dia terus ke pejabat pengurusan imigresen di KLIA untuk pastikan semuanya lancar. Kemudian dia ceritakan semua usaha yang dia dah lakukan sejak hari Jumaat.

Rupanya sejak Jumaat lagi Insp. R dah siap hantar laporan kepada pihak SB dan dah pastikan memang SB sudah batalkan nama aku dari sistem mereka. Kemudian dia pastikan pihak SB dah hantar laporan pada imigresen, dan dapatkan confirmation dari pihak imigresen. Hari ni dia hanya perlu follow up dengan imigresen untuk pastikan mereka dah batalkan nama aku dari sistem mereka. Semuanya ikut prosedur.

Aku kata aku ingatkan dia tak dapat datang sebab kerja. Dia kata kebetulan dia memang perlu datang ke KLIA pagi ni sebab dia ditugaskan untuk jemput boss dia dari airport, dan kemudian balik ke pejabat untuk terima lawatan IGP.

Memang nasib menyebelahi aku.

Insp. R minta aku masuk pintu pelepasan dan pergi sendiri ke kaunter imigresen. Dia yakinkan aku, tak perlu risau semuanya dah clear, kalau masih sangkut boleh panggil dia. Aku pergi ke bahagian autogate, letak passport aku, letak ibu jari aku untuk di scan. Kemudian pintu gate terbuka. Maknanya memang nama aku dah betul-betul dibatalkan daripada sistem blacklist imigresen!

Aku pandang ke arah Insp. R yang masih menunggu di depan pintu Pelepasan Antarabangsa, lontarkan dia satu senyuman sambil angkat tangan dan bagi dia “thumbs up."

Aktivis itu dijadual berucap berhubung ‘protes seni’ pada satu majlis anjuran Green Citizens Action Alliance di Taiwan.

Khamis lalu, Fahmi mendakwa Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa beliau dihalang ke luar negara sejak 31 Mac 2016.

Fahmi yang masih dalam siasatan polis ketika menyampaikan kritikannya melalui karyanya itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Bagaimana seorang yang masih dalam siasatan polis boleh melepasi blacklisted pasukan keselamatan?

Adakah beliau akan memburukkan Malaysia dan PM di Taiwan nanti?


Aku dah selamat sampai Taipei!
Masa dekat airport Taipei aku kena tahan pegawai kastam yang mintak aku buka beg luggage aku untuk pemeriksaan. Bila aku buka beg dia tengok beg aku penuh dengan t-shirt #KitaSemuaPenghasut. Dia kata thank you dan minta aku move along.








COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Fahmi Reza Kartunis Yang Menghina PM Berjaya Lepasi Imigresen KLIA Dengan Bantuan Inspektor 'R'
Fahmi Reza Kartunis Yang Menghina PM Berjaya Lepasi Imigresen KLIA Dengan Bantuan Inspektor 'R'
https://4.bp.blogspot.com/-tCyFMThDf1E/WHR84kD_iLI/AAAAAAAACP0/fIZAOci8hggFcpN2LjsS3MkGhLGj003WQCLcB/s400/fahmireza1.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-tCyFMThDf1E/WHR84kD_iLI/AAAAAAAACP0/fIZAOci8hggFcpN2LjsS3MkGhLGj003WQCLcB/s72-c/fahmireza1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/fahmi-reza-kartunis-yang-menghina-pm.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/fahmi-reza-kartunis-yang-menghina-pm.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy