Dap Bukan Hanya Ancaman UMNO Tetapi Ancaman Negara Atas Sifat Cauvanis,Rasis

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh,Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin berkata,Dap bukanlah ancaman kepada UMNO tetapi beliau menyifatk...


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh,Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin berkata,Dap bukanlah ancaman kepada UMNO tetapi beliau menyifatkan Dap sebagai ancaman kepada negara atas sifat rasis ,cauvanis dan politik kebencian yang diamalkan parti tersebut.

Atas tindak tanduk tersebut katanya telah menimbulkan rasa kurang senang antara pelbagai kaum menerusi pelbagai hasutan sempit yang dilakukan.

“Inilah wajah Dap yang cukup bijak bermain wayang di sebalik sifat rasis dan cauvinis menebal meraka,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Justeru beliau berharap semua ahli UMNO termasuk komponen  Barisan Nasional (BN) bersatu teguh untuk berdepan tindak tanduk Dap ini termasuk rakan-rakan pakatan pembangkang yang lain.

“Bagi saya, kita sebagai ahli UMNO mestilah mempunyai jati diri yang sangat kuat sebab kita tahu hanya UMNO sahaja dapat memperjuangkan hak-hak ataupun nasib orang Melayu,

“Dalam masa yang sama UMNO tidak pernah lupakan kaum-kaum yang lain. Seperti apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional dan kerajaan Malaysia selama ini” ujarnya.

Sebagai rekod pemimpin Dap, Ronnie Liu pernah mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik kenyataan provokasi berbaur perkauman sempena temasya sukan Olimpik Rio yang berbunyi “Tak kira Malaysia atau China menang… Cina tetap menang. Bukan?”.

Selepas kenyataan Ronie itu, timbul pula kenyataan penyokong tegar Dap, Hew Kuan Yau yang turut mengaitkan elemen perkauman dengan pencapaian badminton beregu campuran negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon di Sukan Olimpik Rio.

Dalam muatnaik di Facebook miliknya, Kuan Yau berkongsi karikatur Goh dan Chan berserta kapsyen dalam bahasa Mandarin, “Dengarlah wahai UMNO, jika orang Cina benar-benar ‘balik’ China maka Malaysia akan ‘makan pisang’ (kembali dengan tangan kosong) dalam Sukan Olimpik.

Selain itu pemimpin Dap Nga Kor Ming pernah memuat naik satu status berbaur perkauman yang bertajuk “Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya”, satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak telah bercakap “Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma..” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.

Isu Azan, isu tulisan jawi di papan tanda, isu bahasa Melayu di papan tanda, isu bahasa Melayu dicadangkan menjadi bahasa kedua dalam urusan pekerjaan dan menobatkan bahasa Mandarin sebagai perantaraan antara perkara yang pernah disuarakan oleh Dap.

Pemimpin Dap juga pernah menghalau seorang peniaga di Pulau Pinang dengan mengatakan “lebih baik balik ke India”. Malah, pernah menggelar Menteri Besar Perak sebagai ‘hitam metalik’ yang secara terang-terang menghina warna kulit seseorang individu.

Antara kenyataan lain pemimpin Dap yang berbaur rasis adalah Dap tidak memerlukan undi orang-orang India.



COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Dap Bukan Hanya Ancaman UMNO Tetapi Ancaman Negara Atas Sifat Cauvanis,Rasis
Dap Bukan Hanya Ancaman UMNO Tetapi Ancaman Negara Atas Sifat Cauvanis,Rasis
https://4.bp.blogspot.com/-qM6tHsrHWMI/WH3pNCTw_WI/AAAAAAAACXg/U2e3lONH5kgBjiEQLvHNa3Hlt-WjKrlXQCLcB/s400/pmtg%2Bpauhumno.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-qM6tHsrHWMI/WH3pNCTw_WI/AAAAAAAACXg/U2e3lONH5kgBjiEQLvHNa3Hlt-WjKrlXQCLcB/s72-c/pmtg%2Bpauhumno.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/dap-bukan-hanya-ancaman-umno-tetapi.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/dap-bukan-hanya-ancaman-umno-tetapi.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy