CIA Dedahkan Penglibatan Mahathir Dalam Skandal BMF

Dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar telah menggegarkan negar...


Dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar telah menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Tun Dr Mahathir Mohamad,menurut laporan dari portal berita.

The Asian Correspondent berkata dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), juga mempertikaikan respons pentadbiran Dr Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.

Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan Umno pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan.

“Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata portal itu memetik kertas siasatan CIA bertarikh Mac 1985 bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”.

“Tidak mungkin kerajaan tidak tahu mengenai peningkatan had pinjaman Bank Bumi bagi cawangan luar negaranya bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong,” katanya.

Pendedahan dokumen itu berlaku ketika Dr Mahathir sedang mengkritik cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengendalikan skandal 1MDB, syarikat pelaburan milik negara yang sedang disiasat beberapa agensi asing termasuk Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

Dr Mahathir pada Mei 2015 berkata skandal BMF tidak boleh dibandingkan dengan 1MDB kerana katanya Najib memegang jawatan dalam syarikat pelaburan itu, sementara beliau ketika menjadi perdana menteri tidak ada kedudukan dalam BMF.

Skandal BMF menggemparkan pada awal 1980-an, selepas ia mendedahkan cawangan banknya di Hong Kong menyediakan “pinjaman tidak lancar” kepada beberapa syarikat yang mencurigakan, termasuk Carrian Holdings Ltd, konglomerat diterajui George Tan.

Ratusan juta dolar hilang sekelip mata apabila kumpulan Carrian terkubur pada 1983, menjadi kebankrapan paling teruk di Hong Kong.





Seorang juruaudit Bank Bumiputera yang menyiasat skandal itu dibunuh, dan kerajaan membawa masuk berbilion ringgit untuk membantu Bank Bumiputera.

Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal itu tetapi berakhir tanpa sebarang pendakwaan. Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman hidup dalam buangan sehingga kematiannya di London pada 2011.

The Asian Correspondent memetik dokumen CIA sebagai berkata: “Tidak mungkin kerajaan tidak tahu peningkatan had pinjaman bagi cawangannya di luar negara bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong.

“Tindakan itu diambil selepas dikatakan wang Tan daripada sumber lain sudah habis,” katanya.

Dokumen itu berkata kedua-dua Dr Mahathir dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, yang pada masa itu ialah menteri perdagangan dan industri, mempunyai ikatan rapat dengan mereka terbabit, termasuk pengerusi bank itu Nawawi Mat Awin.

“Aspek yang paling merosakkan dalam hal itu ialah kaitan Tan dengan mereka dalam Umno, diketuai Dr Mahathir dan gabungan parti dominan dalam kerajaan,” kata laporan CIA.

“Kerahsiaan siasatan kerajaan – mempertahankan seperti yang diperlukan di bawah undang-undang kerahsiaan perbankan Malaysia – dan tempoh lewat setahun selepas masalah itu timbul menjejaskan perubahan pengurusan di BMF menyebabkan kerajaan disyaki.

“Ramai ahli perniagaan dan pegawai bank percaya kerajaan menggunakan 6 tertuduh yang juga pegawai BMF sebagai kambing hitam dalam usaha mengelak mengaitkan pegawai kanan kerajaan,” katanya.

-Sumber

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: CIA Dedahkan Penglibatan Mahathir Dalam Skandal BMF
CIA Dedahkan Penglibatan Mahathir Dalam Skandal BMF
https://4.bp.blogspot.com/-zmzc9qbPuX4/WIgQUAl4eUI/AAAAAAAACh4/CBkfSsocwVYO0bv-fgeHjHNgGhJiFu-2wCLcB/s400/Mahathir-CIA.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-zmzc9qbPuX4/WIgQUAl4eUI/AAAAAAAACh4/CBkfSsocwVYO0bv-fgeHjHNgGhJiFu-2wCLcB/s72-c/Mahathir-CIA.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/cia-dedahkan-penglibatan-mahathir-dalam.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/cia-dedahkan-penglibatan-mahathir-dalam.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy