Belum Bertarung Untuk PRU14 Turn M Sahkan DAP Mahu Rebut Jawatan TPM

Anak bulan untuk tentukan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) belum lagi kelihatan,gelanggang pertarungan pun belum disedakan cuma latihan da...


Anak bulan untuk tentukan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) belum lagi kelihatan,gelanggang pertarungan pun belum disedakan cuma latihan dan persiapan berkemungkinan PRU akan diadakan dalam masa terdekat menjadi perbualan.

Masing-masing hendak mengatur langkah dan strategi apa yang boleh diberikan kepada rakyat  sekiranya menang pilihan raya nanti.

Begitu juga dengan puak pakatoon harampan..dengan harapan dapat menakluki Purtajaya,ketika yang lain sedang sibuk mengatur langkah...kelihatan dua beradik lain mak bapak ini sedang tawar menawar jawatan sekiranya menang pilihan raya itu nanti.

Gara-gara sedar dengan kesukaran memperoleh undi daripada orang Melayu yang dilihat sukar berbanding mendapatkan undi kaum Cina, parti rasis DAP meminta agar jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan, iaitu Timbalan Perdana Menteri diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Hasrat yang dinyatakan sendiri oleh DAP dan disampaikan, malah disahkan sendiri oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa DAP mahu merebut jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan bukannya Perdana Menteri.

"Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.

"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.

"Tapi kalau timbalan itu, adalah...Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya seperti dilaporkan portal berita tempatan pada program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Tun Mahathir juga dilihat begitu mengagungkan DAP apabila mengatakan parti berkenaan tidak cauvinis sebagaimana yang ditanggapi pelbagai pihak, walaupun pada awalnya, beliau mengatakan sebaliknya.

"DAP ini bukanlah kuat sangat. Masa dalam UMNO kita beri gambaran mereka ini sangat jahat, terlalu kecinaan dan sebagainya. Ia bukan parti Cina, ia parti pelbagai kaum.

"(Ketika hadiri satu majlis DAP), depan saya mereka berikrar menyokong Perlembagaan. Maknanya dia memperakui kedudukan raja Melayu, sokong bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsanaan, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan keistimewaan Melayu," ujar beliau.

Pada 31 Disember lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi Perdana Menteri, manakala Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU Ke-14.

Mukhriz dan Kit Siang turut dicabar membuat akuan bersumpah (SD) menafikan mereka bukan calon sulit Pakatan Harapan bagi kedua-dua jawatan itu.

Nampaknya Anwar Ibrahim bukan lagi pilihan Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri.



Ketika Perhimpunan Agung Umno 2016, Disember lalu, Najib berkata PRU akan datang bakal memberi pilihan kepada rakyat sama ada mengekalkan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau keindukan kerajaan pimpinan DAP yang mempunyai perjuangan sempit dan mengancam survival Bumiputera.

Beliau berkata, hak dan keistimewaan orang Melayu serta peningkatan syiar Islam yang dipupuk dan dipertahankan Umno selama ini akan terhakis sekiranya pengundi memilih PH pimpinan DAP pada PRU14.


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Belum Bertarung Untuk PRU14 Turn M Sahkan DAP Mahu Rebut Jawatan TPM
Belum Bertarung Untuk PRU14 Turn M Sahkan DAP Mahu Rebut Jawatan TPM
https://2.bp.blogspot.com/-Ohm1CKCaxn8/WIBgqy54eTI/AAAAAAAACaM/0BGWGyiWp-4h1B-6lR4BeIRid5AnTIxpQCLcB/s400/0412-mal-kit_siang-mahathir.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-Ohm1CKCaxn8/WIBgqy54eTI/AAAAAAAACaM/0BGWGyiWp-4h1B-6lR4BeIRid5AnTIxpQCLcB/s72-c/0412-mal-kit_siang-mahathir.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/belum-bertarung-untuk-pru14-turn-m.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/belum-bertarung-untuk-pru14-turn-m.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy