Banjir Di Johor Semakin Buruk

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor semakin buruk dengan jumlah mangsa di tempatkan di 70 pusat pemindahan seluruh negeri meningkat kepa...


JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor semakin buruk dengan jumlah mangsa di tempatkan di 70 pusat pemindahan seluruh negeri meningkat kepada 8,204 orang daripada 2,427 keluarga, setakat jam 6 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata mangsa banjir di daerah Segamat terus meningkat kepada 6,609 orang membabitkan 2,012 keluarga. Katanya, bilangan pusat pemindahan yang dibuka di daerah berkenaan juga meningkat kepada 50, berbanding 40 malam tadi. Beliau berkata, di Tangkak seramai 157 mangsa dari 41 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan.

Ayub berkata, di Johor Bahru pula seramai 88 mangsa membabitkan 24 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan. "Seramai 1,003 mangsa dari 249 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan di Kota Tinggi, manakala di Kluang pula 135 mangsa membabitkan 35 keluarga berada di empat pusat pemindahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Ayub berkata, di Mersing seramai 111 mangsa dari 39 keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan manakala di Muar pula 90 mangsa membabitkan 24 keluarga turut ditempatkan di satu pusat pemindahan. "Bagi daerah Batu Pahat, sebuah pusat pemindahan dibuka yang menempatkan 11 mangsa dari tiga keluarga," katanya.

INFO Bilangan pusat pemindahan - 70 Jumlah keluarga - 2,427 Jumlah mangsa - 8,204 

Bharian

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Banjir Di Johor Semakin Buruk
Banjir Di Johor Semakin Buruk
https://1.bp.blogspot.com/-HbIfXtO7s4w/WIgLZuzM-EI/AAAAAAAAChc/9_64Ln19CVwXOmIrmb9cjgsCsRSBv4OqQCLcB/s400/banjir1.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-HbIfXtO7s4w/WIgLZuzM-EI/AAAAAAAAChc/9_64Ln19CVwXOmIrmb9cjgsCsRSBv4OqQCLcB/s72-c/banjir1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/banjir-di-johor-semakin-buruk.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/banjir-di-johor-semakin-buruk.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy