Abang Johari Di Lantik Ketua Menteri Sarawak Yang Baharu

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg,hari ini dilantik sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak menggantikan Ta...


Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg,hari ini dilantik sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia pada Rabu lepas.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang lengkap berpakaian baju melayu hitam,mengangkat sumpah sebagai ketua Menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana,kediaman rasmi ketua negeri.

Turut hadir,isteri beliau Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang,anggota-anggota kabinet negeri,anggota Dewan Undangan Negeri dan kakitangan kanan awam.

Abang Johari atau dikenali mesra dengan nama Abang Jo,merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri dibawah pentadbiran Allahyarham Adenan selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.

Beliau merupakan seorang ahli politik veteran, Abang Johari berkecimpung dalam politik lebih daripada 30 tahun. Beliau merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Satok selama sembilan penggal.

Abang Johari yang berkelayakan jurutera, buat pertama kali bertanding bagi kerusi itu, pada 1981.

Beliau mempunyai 10 orang adik beradik daripada keluarga ternama Sarawak yang mempunyai sejarah panjang di negeri ini.

Allahyarham bapanya Tun Abang Haji Openg merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak pertama selepas Sarawak mencapai kemerdekaan daripada Britain dan selepas pembentukan Malaysia pada 1963.

Adenan yang memegang jawatan Ketua Menteri selama hampir tiga tahun, meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan.

Sumber : Bernama

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Abang Johari Di Lantik Ketua Menteri Sarawak Yang Baharu
Abang Johari Di Lantik Ketua Menteri Sarawak Yang Baharu
https://4.bp.blogspot.com/-SkDyLs1kVrU/WHiT4fl81SI/AAAAAAAACUA/q3y8JlJvB-wkQtvKHOvre3Fk6WENVhz_QCLcB/s1600/Abang-Johari-Sarawak.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-SkDyLs1kVrU/WHiT4fl81SI/AAAAAAAACUA/q3y8JlJvB-wkQtvKHOvre3Fk6WENVhz_QCLcB/s72-c/Abang-Johari-Sarawak.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/abang-johari-di-lantik-ketua-menteri.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/abang-johari-di-lantik-ketua-menteri.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy