28 Warga China Disyaki Anggota Militan Ditahan Di Malaysia - TPM

Seramai 28 warga China yang disyaki anggota militan telah ditahan di Malaysia ketika dalam perjalanan ke Iraq,Turki dan Syria dengan menj...


Seramai 28 warga China yang disyaki anggota militan telah ditahan di Malaysia ketika dalam perjalanan ke Iraq,Turki dan Syria dengan menjadikan Malaysia sebagai tempat persinggahan selepas berjaya mengaburi pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan yang diasaskan militan Uyghur di barat China yang ditahan di Malaysia itu sehingga Disember 2016,telah dihantar kembali ke China untuk tindakan undang-undang negara tersebut.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,mereka adalah antara 260 individu termasuk warga Malaysia yang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan pembabitan dan sokongan kepada kumpulan yang terbabit dalam aktiviti keganasan.

Zahid Hamidi berkata,antara Akta yang diguna pakai bagi menahan mereka adalah Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Negara Asing 2015 (Smata).

"Dari tahun 2013 hingga 2016,260 orang telah ditahan kerana penglibatan mereka sebagai anggota,pengrekrut,pemberi dana atau penyokong kepada militan Daesh.

"Daripada jumlah itu,30 orang rakyat asing dan bakinya rakyat Malaysia"katanya dalam sidang akhbar bersama media Malaysia disini hari ini.

Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan,hasil pertukaran risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis China dari 2011 hingga 2016,28 orang rakyat China telah ditahan dan kemudian dihantar pulang ke negara asal.

"China juga berterima kasih dengan kecekapan PDRM yang dapat menjejaki individu dari kumpulan itu,yang menjadi pengganas dan mengaburi mata beberapa negara sebelum sampai ke Malaysia".


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) Meng Hongwei 


Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan China telah menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana memberi sokongan padu dalam bidang keselamatan bagi membanteras jenayah rentas sempadan dan aktiviti keganasan antarabangsa.

Sementara itu, semasa dirujuk mengenai kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini kononnya pelabur dari China merampas peluang pelaburan dari kalangan pelabur tempatan, Zahid Hamidi berkata Malaysia perlu membuka minda dan hati dengan menjemput kehadiran pelabur luar.

"Biarpun kita berbeza pendapat soal intepretasi dan sebagainya, tapi demi kepentingan negara, kita harus melihat bahawa peluang pelabur luar untuk capai pertumbuhan ekonomi lebih pesat, ia turut bergantung kepada 'FDI volume' dalam negara," katanya.

"Pelabur domestik perlu diberi keutamaan, tapi dari segi kapasiti mereka mungkin terhad, terutama dalam menyuntik modal untuk teknologi baharu," tambahnya.

Beliau berkata pelaburan yang dibawa masuk bukan hanya berkaitan pembiayaan modal semata-mata, tapi juga merujuk kepada suntikan dan pemindahan pengetahuan dan teknologi baharu ke dalam negara.

Esok, Zahid Hamidi akan ke Kunming, wilayah Yunan untuk bertukar-tukar pandangan dan membincangkan amalan terbaik wilayah berkenaan dalam usaha memerangi jenayah keganasan serta radikalisasi, di samping isu berkaitan pengurusan penjara.

Beliau dijadualkan bertemu Gabenor Wilayah Yunnan, Chen Hao dan mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Jabatan Keselamatan Awam serta Biro Pentadbiran Penjara.


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: 28 Warga China Disyaki Anggota Militan Ditahan Di Malaysia - TPM
28 Warga China Disyaki Anggota Militan Ditahan Di Malaysia - TPM
https://3.bp.blogspot.com/-HmcQyKAg8do/WHhyT8UVxrI/AAAAAAAACTU/2Rvl4b6xs7UGoqWUKoISwEOrOp9d-kYigCLcB/s400/zahidbeijing2.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-HmcQyKAg8do/WHhyT8UVxrI/AAAAAAAACTU/2Rvl4b6xs7UGoqWUKoISwEOrOp9d-kYigCLcB/s72-c/zahidbeijing2.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/28-warga-china-disyaki-anggota-militan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/28-warga-china-disyaki-anggota-militan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy