Vivoactive HR jam pintar GPS dengan teknologi degupan jantung

GARMIN Malaysia-Aeco Technologies baru-baru ini melancarkan vivoactive HR, jam tangan pintar GPS dengan teknologi mengukur kadar degu...



GARMIN Malaysia-Aeco Technologies baru-baru ini melancarkan vivoactive HR, jam tangan pintar GPS dengan teknologi mengukur kadar degupan jantung dikenali Garmin Elevate.

Vivoactive HR berupaya membantu mengemas kini setiap saat aktif sepanjang hari, mengira langkah dan tingkat yang didaki, kiraan minit, memantau tidur dan menampilkan aplikasi sukan dengan keupayaan GPS bagi tujuan berjalan, berlari, menunggang basikal, berenang, golf, mendayung, ski dan luncur papan salji.

Vivoactive HR menggunakan data degupan jantung pada pergelangan tangan secara 24 jam tujuh hari seminggu untuk mengira maklumat kalori yang dibakar dan sejauh mana keamatan kegiatan kecergasan itu sambil menyediakan kemudahan pengguna menyusun senaman mereka.

Dengan Connect IQ, pengguna boleh menjadikan vivoactive HR mereka lebih berciri peribadi dengan aplikasi percuma, penanda visual (widget), paparan wajah dan data. Penampilan teknologi kadar degupan jantung Elevate, vivoactive HR memantau kadar degupan jantung dan tidak memerlukan pengikat di bahagian dada.


Dengan menggunakan data degupan jantung itu, jam pintar berkenaan akan mengukur kekuatan aktiviti kecergasan dan membolehkan pengguna memantau perkembangan mereka terhadap matlamat aktiviti aerobik yang dicadangkan oleh pertubuhan kesihatan terkemuka seperti Persatuan Jantung Amerika.

Vivoactive HR sentiasa pada mod hidup, skrin sentuh, paparan Garmin Chroma dengan cahaya membantu pengguna mengesan aktiviti dan kekal berhubung pada bila-bila masa dan di mana saja.

GPS yang dipasang dalam jam pintar itu membolehkan aplikasi sukan dimanfaatkan termasuk: Berlari - dengan menggunakan accelerometer dan GPS, pengguna boleh mengesan larian sama ada dalam dewan atau luar dewan.

Ciri tambahan seperti Auto Lap, Auto Pause dan amaran bergetar bagi degupan jantung, rentak, rehat antara berlari/berjalan dan banyak lagi.

Ringkasan aktiviti larian termasuk statistik seperti jumlah perbatuan, kalori, purata kelajuan dan masa keseluruhan. Berbasikal - Aplikasi basikal mengukur masa, jarak, kelajuan dan kalori.

 Ia dipadankan dengan sensor kelajuan dan radar pengesan. Berenang - Tambahan kepada jumlah pengesanan dan masa rehat, jarak, rentak, kiraan kuak dan jenis kuak, aplikasi renang turut menyediakan ciri berhenti seketika, lengkap dengan catatan masa berehat dan boleh mengira swolf iaitu ukuran kecekapan berenang.


Golf - Pengguna boleh melihat keadaan green, mengukur jarak pukulan dan menyasar kepada arah yang betul dengan PinPointer ketika bermain di satu daripada 40,000 peta padang seluruh dunia yang boleh dimuat turun dari pangkalan data padang golf Garmin. 

Papan kayuh dan mendayung - Pengguna dengan mudah boleh mengesan dan melihat rentak, masa, jarak, kiraan dayungan, kadar dayungan dan jarak bagi setiap dayungan. 

Apabila menggunakan mesin dayung dalam dewan, anda boleh melihat catatan masa, kiraan dayungan dan kadar dayungan. Ski dan luncur papan salji - Ski dan aplikasi luncur papan salji mengukur kelajuan 3-D dengan mengira kelajuan dan jarak termasuk latitude dan longtitde.

Ia juga membolehkan 'split' secara automatik dan menampilkan Auto Pause, yang menghentikan timer seketika secara automatik apabila pengguna berhenti. Vivoactive HR turut mengetengahkan Garmin Move IQ - ciri terbaharu yang memantau terus tempoh aktiviti yang berterusan.

Dengan Move IQ, vivoactive HR secara automatik mengesan aktiviti berjalan, berlari, berbasikal dan mesin senaman. Pengguna boleh meneliti senaman mereka sepanjang hari tanpa perlu memulakan aktiviti baharu. Jika diselaraskan dengan Garmin Connect, pengguna boleh meneliti semua aktiviti harian secara grafik.

Jangka hayat bateri sehingga lapan hari sama ada dalam mod jam/pengesan aktiviti (dengan pemantau degupan jantung 24/7, tanpa GPS) atau sehingga 13 jam menggunakan GPS, vivoactive HR mengemas kini gaya hidup pengguna dan membantu mereka terus berhubung.

Vivoactive HR akan menghantar sebarang makluman yang diselaraskan menerusi telefon pintar termasuk panggilan masuk, teks, e-mel, peringatan kalendar, makluman media sosial dan penggera getaran supaya pengguna tidak terlepas sebarang perkara.

Ciri pintar lain juga membolehkan pengguna memeriksa maklumat cuaca, kawalan muzik pada telefon pintar, mengawal kamera aksi VIRB, mengesan kedudukan telefon pintar dan membolehkan kawan serta ahli keluarga mengesan aktiviti dalam masa sebenar menggunakan Live Track. 

Vivoactive HR yang didatangkan dengan tanda harga RM1,199 (termasuk GST) seharusnya amat berbaloi kepada sesiapa yang mahukan setiap data aktiviti mereka direkodkan dan disimpan.


COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Vivoactive HR jam pintar GPS dengan teknologi degupan jantung
Vivoactive HR jam pintar GPS dengan teknologi degupan jantung
https://3.bp.blogspot.com/-sOc_m9-7Dec/WFjxfeWpdHI/AAAAAAAACIU/a1vSEXuFDnggooD83tcUinOGJlpD8259wCLcB/s320/vivov04.transformed.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-sOc_m9-7Dec/WFjxfeWpdHI/AAAAAAAACIU/a1vSEXuFDnggooD83tcUinOGJlpD8259wCLcB/s72-c/vivov04.transformed.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/vivoactive-hr-jam-pintar-gps-dengan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/vivoactive-hr-jam-pintar-gps-dengan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy