Sultan Muhammad V Tiba Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-15

  Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini pagi ini...


Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini pagi ini, bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketibaan baginda pada 10.16 pagi disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas.

Baginda diiringi melalui pasukan Kawalan Kehormat Setempat oleh Angkatan Tentera Malaysia Unit I Rejimen Renjer Diraja, terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat, yang diketuai Kapten Mohd Hafiz Mohamad Noor.

Baginda kemudian berangkat ke Dataran Parlimen untuk sambutan rasmi penuh istiadat.
Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Di KUALA LUMPUR, ketibaan Sultan Muhammad V di Dataran Parlimen pada pukul 11 pagi disambut dengan tiupan nafiri oleh 14 anggota dari Pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut keberangkatan tiba baginda.



Baginda kemudian diiringi ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama, yang disusuli lagu Negaraku oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Kapten Muhammad Nor Azizan Yahya.

Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.

Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Ridhwan Basheer.

Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, disusuli persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ serta lagu Negaraku untuk kali kedua.

Baginda kemudian berangkat ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 (Khas) sempena istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

 


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Sultan Muhammad V Tiba Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-15
Sultan Muhammad V Tiba Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-15
https://4.bp.blogspot.com/-aqP3s4lZEF0/WFDhEs6VHyI/AAAAAAAACD0/73YiJ2sy3rQ9mzbVmubruFH8vNEpGswyQCLcB/s320/agong%2Bbaru.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-aqP3s4lZEF0/WFDhEs6VHyI/AAAAAAAACD0/73YiJ2sy3rQ9mzbVmubruFH8vNEpGswyQCLcB/s72-c/agong%2Bbaru.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/sultan-muhammad-v-tiba-istiadat-lafaz.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/sultan-muhammad-v-tiba-istiadat-lafaz.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy