Semakan Semula Elaun Penjawat Awam Dibawa Ke Kabinet Rabu Ini – Zahid Hamidi

Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan semakan semula elaun-elaun kakitangan awam ...




Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan semakan semula elaun-elaun kakitangan awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata beliau berpendapat tuntutan itu adalah munasabah kerana elaun berkaitan sudah tidak disemak selama 14 tahun.

"Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot Jaem) untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem, timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.




Zahid Hamidi berkata selain itu tuntutan Cuepacs agar kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

"Saya fikir perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mendengar permintaan-permintaan ini dan apabila tiba masa akan memenuhi permintaan-permintaan ini," katanya.

Namun, timbalan perdana menteri berkata apabila menuntut perlu ada timbal balas iaitu penjawat awam perlu menunjukkan peningkatan produktiviti dan prestasi dalam perkhidmatan.

Katanya sebarang permintaan juga perlu berdasarkan kesesuaian dan kemunasabahan mengikut kesesuaian situasi semasa.

Terdahulu semasa menyampaikan ucapan alu-aluan, Azih mengemukakan beberapa permintaan kepada kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan awam yang antara lain termasuk mewujudkan skim insurans dan mengekalkan saiz perkhidmatan awam.


COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Semakan Semula Elaun Penjawat Awam Dibawa Ke Kabinet Rabu Ini – Zahid Hamidi
Semakan Semula Elaun Penjawat Awam Dibawa Ke Kabinet Rabu Ini – Zahid Hamidi
https://4.bp.blogspot.com/-3vCLnjnpves/WFjz6czJQkI/AAAAAAAACI0/G3pquD_VIIwHoY96mx6G_8JjVd2iwPd_wCLcB/s400/15492429_834304693374776_5474157600057430511_n.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-3vCLnjnpves/WFjz6czJQkI/AAAAAAAACI0/G3pquD_VIIwHoY96mx6G_8JjVd2iwPd_wCLcB/s72-c/15492429_834304693374776_5474157600057430511_n.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/semakan-semula-elaun-penjawat-awam.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/semakan-semula-elaun-penjawat-awam.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy