PM Tak Gentar Digertak Myanmar

"Saya nak beritahu Aung San Suu Kyi, enough is enough!," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyataka...




"Saya nak beritahu Aung San Suu Kyi, enough is enough!," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyatakan pendirian Malaysia terhadap isu pembersihan entik Rohingya oleh junta tentera Myanmar.

Ketika hadir dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa dekat sini hari ini, Najib dengan jelas mengutuk kekejaman yang telah dilakukan terhadap etnik Rohingya di negara tersebut.

Katanya, meskipun digertak oleh Myanmar kerana didakwa cuba mencampuri urusan negara berkenaan sekali gus melanggar perlembagaan Asean.

Bagaimanapun menurut Najib, penzahiran penentangan Malaysia terhadap kekejaman kepada etnik Rohingya itu adalah salah satu cara negara ini menegur dan mengingatkan semula Myanmar bahawa salah satu artikel di dalam perlembagaan ASEAN adalah menghormati hak asasi manusia.

Pembersihan etnik, penindasan, pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya yang dilakukan oleh junta tentera Myanmar jelas menunjukkan negara tersebut telah melanggar perlembagaan Asean.
Justeru, Najib meminta semua negara ASEAN, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas terhadap Myanmar dan meminta negara tersebut menghentikan kezaliman terhadap Rohingya dengan segera.



" Dua hari lalu kerajaan Myanmar kata, kalau saya datang (Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya), saya campur tangan dalam urusan kerajaan Myanmar.

"Dia gertak saya, beri amaran kepada saya. Saya tidak peduli sebab saya hadir di sini bukan atas nama Najib Razak tetapi saya hadir atas nama ummah dan rakyat Malaysia.

"Perlembagaan Asean juga menegakkan dan mempertahankan hak asasi manusia. Mereka ni buta kah?

"Jangan tafsir ikut sesuka hati. Apa dia nak kita buat? Kita dlm komuniti asean. Bila kita satu komuniti, bila berlaku kezaliman, kekejaman, orang dibunuh, dibakar hidup-hidup, dirogol, tidak boleh bergerak dan tiada kerakyataan, apa yang perlu saya buat sebagai Perdana Menteri kepada 31 juta rakyat? Berdiam diri dan menutup mata? Kita bela!



"Bukan kerana mereka seakidah dengan kita sahaja tetapi kerana mereka adalah manusia.
"Saya juga meminta Presiden Jokowi (Joko Widodo) untuk sama-sama menyeru rakyat Indonesia supaya menzahirkan pendirian mereka terhadap isu Rohingya ini," katanya semasa berucap di himpunan yang turut dihadiri Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya.

Tambah Najib, Malaysia akan menggunakan semua saluran yang ada untuk menyatakan bantahan kepada Myanmar.

"Saya sudah mengarahkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk bertemu Suu Kyi tetapi jawapan pemenang Hadiah Nobel itu amat mendukacitakan.

"Kita boleh bertemu jika mahu berunding mengenai hubungan dua hala atau mengenai perdagangan tetapi beliau tidak mahu mengadakan pertemuan jika ia membabitkan isu Rohingya.

"Tidak mengapalah, saya akan gunakan semua saluran yang ada untuk menyatakan bantahan.
"Tetapi OIC pun janganlah diam sahaja, begitu juga PBB dan masyarakat antarabangsa yang lain.

Kita sudah lihat kemusnahan di Bosnia, kita sudah lihat bagaimana keadaan di Rwanda dan kita tidak mahu dalam isu Rohingya ini kita sudah terlambat," katanya

 



COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: PM Tak Gentar Digertak Myanmar
PM Tak Gentar Digertak Myanmar
https://2.bp.blogspot.com/-x9M4u5HIjhU/WETb7tzG38I/AAAAAAAAB_I/vMeN4HKlGjc5tlqE814KJ7RIKDeM35opACLcB/s640/83fa1f9dd9aed4f72ba47f5618b8728c.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-x9M4u5HIjhU/WETb7tzG38I/AAAAAAAAB_I/vMeN4HKlGjc5tlqE814KJ7RIKDeM35opACLcB/s72-c/83fa1f9dd9aed4f72ba47f5618b8728c.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/pm-tak-gentar-digertak-myanmar.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/pm-tak-gentar-digertak-myanmar.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy