Pengangkutan MRT Pelengkap Pengangkutan Awam Negara

Projek Mass Rapid Transit (MRT) akan mengubah gaya hidup rakyat kepada gaya hidup moden dengan pengangkutan awam menjadi norma dalam...




Projek Mass Rapid Transit (MRT) akan mengubah gaya hidup rakyat kepada gaya hidup moden dengan pengangkutan awam menjadi norma dalam kehidupan seharian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata MRT bukan sekadar projek infrastruktur, tetapi sesuatu yang dirangka dengan memikirkan pengguna iaitu rakyat sebagai kriteria paling utama.

"Projek MRT Laluan SBK (Sungai Buloh-Kajang) ini juga bukan satu-satunya projek sedemikian rupa.

"Banyak lagi projek yang telah dan sedang kita rencanakan untuk rakyat dalam masa terdekat dan juga untuk jangka panjang," 

Najib dijadual merasmikan Fasa 1 MRT SBK meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan pada Khamis.

Beliau berkata projek yang memanfaatkan semua rakyat sebeginilah yang menjadi keutamaan kerajaan pimpinannya.

"Kita ingin Malaysia maju seiring dengan rakyatnya, bukan mendepani atau meninggalkan rakyat di belakang," katanya.

Beliau berkata projek MRT berkenaan akan menjadi pemula, penggerak dan pemacu kepada mod pengangkutan awam pilihan serta bakal membawa Malaysia yang serba moden dan terus maju ke hadapan.

Tetapi pada masa sama, Kerajaan tidak lupa juga bahawa kita perlu merancakkan lagi ekonomi negara yang pelannya dengan jelas tertera dalam Bidang Ekonomi Utama Negara dan sebagai sebuah negara dengan aspirasi menjadi ekonomi tinggi dan maju, kita tidak boleh mengabaikan lokasi geografi utama negara, hab kita yakni Kuala Lumpur dan juga Lembah Klang atau Greater KL.

Kita perlu memastikan bandar utama negara terus berkembang pesat dan mencapai kualiti kehidupan yang tinggi sepertimana di bandar-bandar terkenal dunia di London, Paris, Sydney dan sebagainya.
Walaupun Malaysia – terutamanya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang – telah mempunyai sistem pengangkutan awam dengan beberapa jaringan transit yang menyediakan perkhidmatan kepada rakyat, terdapat banyak masalah dan ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Sekiranya kita imbas kembali, pengangkutan awam bandar sebelum ini agak bercelaru, tidak berhubung dengan jaringan yang berpecah-belah.

Sistem rel kita tidak bersepadu dengan kesalinghubungan yang lemah antara sistem, perkhidmatan tidak menepati masa dan rangkaian tidak mencukupi selain juga masalah legasi seperti perjanjian konsesi berat sebelah dan sebagainya perlu diselesaikan.

Tambahan kepada itu, ia juga gagal mengambil kira kawasan berkepadatan tinggi dan hubungan dengan kawasan perumahan.

Bagi mengatasi masalah-masalah ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD telah ditubuhkan untuk mengemudi Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara, sebuah pelan komprehensif 20 tahun untuk mentransformasikan pengangkutan awam negara menjadi pengangkutan awam kelas pertama.

Antara projek utama di bawah rancangan ini adalah Transit Aliran Massa, atau kita kenali hari ini sebagai MRT.

Projek ini adalah sebuah projek mega, dan meskipun ia menelan belanja berbilion Ringgit, tetapi ia adalah projek tepat yang akan mengubah landskap Kuala Lumpur dan Malaysia.

Projek mega MRT ini juga bagi saya, adalah satu jawapan konkrit Kerajaan terhadap kritikan dan tohmahan tidak berasas yang dilontarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab mengenai keadaan ekonomi negara sejak sekian lama.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Pengangkutan MRT Pelengkap Pengangkutan Awam Negara
Pengangkutan MRT Pelengkap Pengangkutan Awam Negara
https://2.bp.blogspot.com/-Y_05_80x7Ow/WFDkcBTqaSI/AAAAAAAACEQ/-Xm-Pxq-jd49kkpyKFjFbMoZoEm0ld20QCLcB/s640/Pelengkap-Pengangkutan-Awam-Negara.jpeg
https://2.bp.blogspot.com/-Y_05_80x7Ow/WFDkcBTqaSI/AAAAAAAACEQ/-Xm-Pxq-jd49kkpyKFjFbMoZoEm0ld20QCLcB/s72-c/Pelengkap-Pengangkutan-Awam-Negara.jpeg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/pengangkutan-mrt-pelengkap-pengangkutan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/pengangkutan-mrt-pelengkap-pengangkutan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy