Nelayan Pulau Pinang Menjadi Mangsa Akibat Kerakusan Kerajaan DAP

Kerana tersalah undi pada PRU yang lepas,rakyat Pulau Pinang terhimpit dengan kerakusan kerajaan DAP dengan laut ditambak dan bermacam ma...


Kerana tersalah undi pada PRU yang lepas,rakyat Pulau Pinang terhimpit dengan kerakusan kerajaan DAP dengan laut ditambak dan bermacam macam lagi demi mengaut keuntungan dan kesenangan.

Sikap DAP yang terlalu sombong untuk meneruskan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang biarpun diketahui akan menghancurkan masa depan nelayan dan alam sekitar kawasan terbabit.

Sikap kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan DAP yang bongkak itu tetap meneruskan biarpun laporan dan kajian awal yang dikeluarkan oleh pihak Perunding Penilaian Kesan Alam Sekitar telah menyatakan ancaman besar akan terjadi terhadap alam sekitar dan kehidupan nelayan.



Bagi kerajaan negeri,begitu mudah untuk memberi pampasan,pemberian pampasan bukanlah satu-satunya jalan bagi menutup kerosakkan dan tidak puas hati para nelayan.Namun paling penting adalah kemampanan dan kelastarian pembangunan dalam menjaga nilai-nilai ekosistem semula jadi.

Nilai-nilai seperti ini mampu menjana pendapatan tanpa memudaratkan persekitaran disamping memajukan ekonomi setempat khususnya nelayan.Tidak bermakna jika pengangkutan dibangunkan dengan menghancurkan khazanah alam.Ini warisan negara yang harus dipertahankan.

Kerajaan Pulau Pinang hanyalah bersifat ingin membuktikan kejayaan menyiapkan pelan rancangan tanpa mengira nasib semua pihak dan kesannya.

Jangan salahkan nelayan sekiranya ikan tidak mencukupi dipasaran serta menyebabkan harga tidak menentu.

Penulis berasa kesal atas segelintir rakyat Pulau Pinang yang inginkan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri ataupun persekutuan.Lihat...mana buktinya yang DAP lagi baik daripada Barisan Nasional (BN) yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat?

"Jika benar Dap membela nasib rakyat,mengapa keluhan rakyat khususnya nelayan yang bakal hilang punca pendapatan tidak dipedulikan",ujar Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang,Rafizal Abdul Rahim.

Jelasnya,tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang hanya memekakkan telinga berkaitan isu tambak laut telah jelas dan membuktikan sebenarnya parti itu selama ini hanya bermain sandiwara apabila mengatakan mereka sentiasa mendengar masalah rakyat.

Sekarang ini dengan kos sara hidup semakin meningkat,Dap menambah lagi bebanan hidup mereka.Dap tahu bahawa projek tambak laut ini akan menyebabkan ramai nelayan hilang mata pencarian.

Menurut Rafizal sejak dahulu lagi para nelayan sudah membantah projek tambak laut ini namun sedikit pun tidak terkesan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri kini sedang rancak menjalankan projek tambak laut bagi membentuk tiga buah pulau buatan dan projek ini akan dijual bagi menampung kos pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan (PIP).

Dengan kos peningkatan sebanyak RM19 bilion daripada kos asal RM27 bilion meningkat kepada RM46 bilion yang masih menjadi tanda tanya dan kerajaan negeri masih tidak menjawab mengenai kenaikan tersebut.






COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Nelayan Pulau Pinang Menjadi Mangsa Akibat Kerakusan Kerajaan DAP
Nelayan Pulau Pinang Menjadi Mangsa Akibat Kerakusan Kerajaan DAP
https://1.bp.blogspot.com/-esbsSKnn2ik/WFtgOwOukSI/AAAAAAAACK4/lWyIw-htq7AmUE3_9_zj0vPPtRUiJjRxQCLcB/s400/nelayan_pulau_pinang.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-esbsSKnn2ik/WFtgOwOukSI/AAAAAAAACK4/lWyIw-htq7AmUE3_9_zj0vPPtRUiJjRxQCLcB/s72-c/nelayan_pulau_pinang.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/nelayan-pulau-pinang-menjadi-mangsa.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/nelayan-pulau-pinang-menjadi-mangsa.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy