Minyak Masak Bersubsidi Dan Muslihat Pembangkang.

Isu yang paling panas dan suka dimainkan dan dipolimikkan oleh pembangkang ialah isu kenaikan harga barang.Isu yang selalu dimainka...





Isu yang paling panas dan suka dimainkan dan dipolimikkan oleh pembangkang ialah isu kenaikan harga barang.Isu yang selalu dimainkan berulang-ulang melalui media sosial ini tidak lain tidak bukan berkenaan harga minyak masak.

Dikatakan kerajaan sangat zalim dengan kenaikan harga minyak masak,tidak memikirkan untuk orang yang dalam golongan pendapatan rendah dan sebagainya.

Ini adalah tujuan sebenar pihak pembangkang yang cuba mengapi-apikan rakyat yang telah terhimpit dengan pasaran ekonomi global.

Pihak KPDNKK juga tidak terlepas dengan kutukan kerana gagal bertindak cepat bagi mengekang impak negatif daripada kenaikan harga minyak ini terutamanya di media sosial.

Tambahan pula,jika kenaikan barang dalam negara ini adalah suatu durian runtuh bagi mereka.Mereka sudah pasti akan mengambil peluang ini untuk menekan kerajaan BN dengan memperalatkan sentimen rakyat walaupun pembangkang tahu keperluannya.

Menurut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Negara ke atas isi rumah seluruh Malaysia,setiap isi rumah secara purata membelanjakan RM17 sebulan untuk minyak masak dan perbelanjaan isi rumah untuk minyak masak adalah 0.5% daripada keseluruhan perbelanjaan bulanan isi rumah.

Dan apakah kita tahu berapa billion ringgit yang kerajaan belanjakan setiap tahun untuk menampung subsidi minyak masak?

Sejak 2010 (data awal tersedia), kerajaan telah memperuntukkan secara purata RM1.05 billion untuk COSS bagi menampung subsidi minyak masak untuk pengguna melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi:



Jadi apa yang hendak dijelaskan disini kementerian haruslah lebih peka dan terlibat memberikan penjelasan yang mudah dan difahami serta memastikan tidak ada peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan berlebihan.

Peniaga yang bertanggungjawab juga akan memastikan minyak yang bersubsidi itu dijual pada kerakyatan sahaja,bukan menjual dengan berleluasa kepada pendatang asing.Jangan terlalu mengejar keuntungan.KPDNKK harus membuat pemantauan yang kerap.

Dalam masa yang sama isu minyak masak ini juga telah membuktikan pembohongan parti pembangkang DAP.Laporan rasmi dari parti itu melaporkan kononnya harga minyak masak satu kilogram paket akan meningkat RM0.40 sen.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin menafikan kerajaan pernah mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai kenaikan harga minyak masak kepada peniaga sebelum kenaikan harga baharu dilaksanakan.

Beliau yang telah membuat penjelasan bagi memperbetulkan persepsi masyarakat yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan.

"Saya nak perbetulkan tentang isu minyak masak, kerajaan bagi notis seolah-olah kerajaan akan naikkan harga, itu tidak betul. Kerajaan tidak pernah keluarkan notis pemberitahuan tersebut,"
Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Tan Sri S. Nallakaruppan mengenai kejayaan program FOK dalam menangani kenaikan harga barang, katanya setakat ini, kementerian telah menerima seramai 400,000 penyertaan bagi program itu.

Menerusi penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov lepas.
 



COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Minyak Masak Bersubsidi Dan Muslihat Pembangkang.
Minyak Masak Bersubsidi Dan Muslihat Pembangkang.
https://1.bp.blogspot.com/-whQ_Ilt0tE4/WEY1tULu20I/AAAAAAAAB_o/cAiAb5bxiqgRi7HcEkQWeUdknvDvFnQLgCLcB/s400/hamzah_zainuddin_kpdnkk.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-whQ_Ilt0tE4/WEY1tULu20I/AAAAAAAAB_o/cAiAb5bxiqgRi7HcEkQWeUdknvDvFnQLgCLcB/s72-c/hamzah_zainuddin_kpdnkk.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/minyak-masak-bersubsidi-dan-muslihat.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/minyak-masak-bersubsidi-dan-muslihat.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy