Isu Sijil Kelahiran Dan Ic,Bolehkah Ibubapa Bukan Warganegara Mendapat Taraf Warganegara Untuk Anak.

Sikap sesetengah orang yang tak menyukai pendatang asing di Malaysia ini,selalu sahaja kita dengar melalui facebook,whatsapp mahu pun sem...


Sikap sesetengah orang yang tak menyukai pendatang asing di Malaysia ini,selalu sahaja kita dengar melalui facebook,whatsapp mahu pun sembang-sembang kedai kopi.Tambahan lagi jika terjadi perkara jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing,ataupun tidak selesa dengan pendatang asing yang menyewa berdekatan di kediaman kita.

Masing-masing membuat andaian sendiri dengan menyalahkan pihak kerajaan yang membenarkan warga asing dengan mudahnya memasuki dan bekerja di negara kita ini sehinggakan ada yang berkahwin dengan warganegara Malaysia untuk mendapat status warganegara suatu hari nanti.Ada juga yang membawa pasangan dan ingin menjadi warganegara,bolehkah begitu? Jika anak pasangan pendatang asing itu dilahirkan di Malaysia,bolehkan anak itu mendapat status warganegara.Ini semua persoalan yang bermain disetiap fikiran.

Penulis ingin kongsikan sama ada boleh atau tidak warga asing menjadi penduduk tetap (warganegara) Malaysia.




JABATAN PENDAFTARAN NEGARA: Taraf kewarganegaraan adalah ditentukan berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu dan bapa yang telah direkodkan semasa kelahiran berlaku. Sekiranya nama bapa tidak dimasukkan ke dalam Sijil Lahir, taraf kewarganegaraan anak akan ditentukan oleh taraf kewarganegaraan ibu. JPN tidak mengeluarkan apa-apa dokumen bagi warga asing.

Memegang sijil lahir bukan bermakna seseorang itu adalah warganegara Malaysia. Sijil Kelahiran hanya dikeluarkan sebagai bukti kelahirannya berlaku di Malaysia. Taraf kewarganegaraan adalah ditentukan berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu dan bapa dalam sijil kelahiran tersebut.

Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan tanpa mengira taraf Warganegara ibu atau bapa orang itu. Namun begitu, apabila seseorang itu lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran negara ini, ianya tidak bererti orang itu akan mendapat taraf Warganegara Malaysia. 

Taraf kewarganegaraan seseorang itu adalah berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibubapa kandung orang itu semasa kelahiran tersebut berlaku serta taraf perkahwinan ibubapanya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia. 

Bagi seseorang warganegara asing yang berhasrat untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Bahagian 3, Perlembagaan Persekutuan. 

Secara amnya, mestilah telah bermastautin di Malaysia untuk tempoh yang tertentu, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Melayu. 

Bermastautin di Malaysia untuk tempoh yang tertentu, bermaksud seseorang itu perlu terlebih dahulu bermastautin tetap di Malaysia bagi tempoh yang semuanya berjumlah tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam masa dua belas tahun sebelum sahaja tarikh permohonan itu di buat iaitu genap 12 tahun dari tarikh cop bujur di Permit Masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sepertimana yang dinyatakan dalam peruntukan di bawah Perkara 19(3) Perlembagaan Persekutuan. 

Dimaklumkan juga bahawa memenuhi syarat-syarat tersebut adalah hanya bagi melayakkan permohonan taraf Kewarganegaraan tuan dibuat. Ianya bukanlah bermakna permohonan tersebut mesti diluluskan kerana taraf kewarganegaraan adalah merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia dan ianya bukanlah hak yang mesti diperolehi oleh seseorang yang memohon Warganegara.

SOALAN: Bagaimana pula jika saya memegang Sijil Kelahiran bukan warganegara adakah anak saya juga memegang Sijil Kelahiran bukan warganegara?

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA: Taraf kewarganegaraan anak adalah berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu dan bapa semasa kelahiran tersebut berlaku. Sekirannya tuan atau isteri tuan adalah warganegara semasa kelahiran anak tuan berlaku, maka anak tuan adalah warganegara..
warga asing (lelaki) yang berkahwin dengan dengan warga Malaysia (perempuan) tiada kelayakkan memohon taraf kewarganegaraan. Tuan hendaklah memohon passport negara asal tuan (negara asal ibu) dan masuk ke Malaysia menggunakan dokumen perjalanan negara tersebut. Selepas itu baru, tuan layak mohon taraf penduduk tetap.


Di dalam satu kenyataan akhbar tahun 2013:

Pemberian sijil lahir kepada anak warga asing yang lahir di Sabah bukan pengesahan sebagai warganegara, kata Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendafataran Negara (JPN) Sabah Jainisah Mohd Noor. "Ramai yang menganggap anak warga asing yang memiliki sijil lahir JPN mendapat taraf warganegara secara automatik. Sebenarnya, ini tidak tepat. Sijil lahir yang diberikan sebenarnya tidak mengiktiraf anak warga asing sebagai warganegara. Tetapi sijil itu hanya sebagai akuan anak tersebut dilahirkan di negara ini."






COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Isu Sijil Kelahiran Dan Ic,Bolehkah Ibubapa Bukan Warganegara Mendapat Taraf Warganegara Untuk Anak.
Isu Sijil Kelahiran Dan Ic,Bolehkah Ibubapa Bukan Warganegara Mendapat Taraf Warganegara Untuk Anak.
https://4.bp.blogspot.com/-V8VOHmKixXg/WFD6zHMLnFI/AAAAAAAACEo/X-Hqb78DUewcrByj9vK3Sg9arq81-qCQgCLcB/s400/Peraturan%2BPendaftaran%2BNama%2Boleh%2BJabatan%2BPendaftaran%2BNegara%2B%2528JPN%2529.png
https://4.bp.blogspot.com/-V8VOHmKixXg/WFD6zHMLnFI/AAAAAAAACEo/X-Hqb78DUewcrByj9vK3Sg9arq81-qCQgCLcB/s72-c/Peraturan%2BPendaftaran%2BNama%2Boleh%2BJabatan%2BPendaftaran%2BNegara%2B%2528JPN%2529.png
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/isu-sijil-kelahiran-dan-ic-bukan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/isu-sijil-kelahiran-dan-ic-bukan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy