Dulu Anwar Tuduh Bangla Diberi IC, Kini Mahathir Tuduh Warga China Pula Dapat IC

  Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu pihak pembangkang menjaja cerita 40,000 orang Bangla mengundi untuk BN.. Vid...


Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu pihak pembangkang menjaja cerita 40,000 orang Bangla mengundi untuk BN..

Video Bangla ditangkap kononnya ada kad pengenalan untuk mengundi diviralkan semasa hari pengundian PRU13. Sebelum itu pembangkang juga telah membuat video memfitnah pihak polis memberi kad pengenalan kepada Bangla.

Anwar Ibrahim membuat tuduhan itu dalam siri ceramahnya. Video tentang fitnah Anwar itu dimuat naik dalam Facebook “We Are NOT Malaysian Zombies” pada 20 November 2013.

Dalam video itu Anwar sebut “pagi tadi sebelum saya datang (ceramah) ada rombongan dari Bangladesh …yang ini yang kubu UMNO, kubu Najib. Dia mari datang dia kata Datuk Seri, kami mari sini, ada dapat kad (MyKad), ada tak dapat kad, janganlah hukum kami”

Fitnah Bangla itu berjaya dipatahkan melalui penafian yang bukan sahaja dibuat oleh Kerajaan Malaysia pimpinan BN, malah turut disentuh oleh Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina pada November 2013.

Anwar Ibrahim juga buat U TURN selepas itu, tidak mengaku membuat tuduhan tentang Bangla itu. Pada 20 November 2013, dalam KeadialanDaily, Anwar berkata “siapa kata ada 40,000? Ini telah dipusing oleh blogger UMNO”.

Kini dalam ‘mood’ menjelang PRU14, Mahathir pula mengambil alih tugas Anwar membuat tuduhan kononnya ada warga asing diberikan kad pengenalan.


 



Mahathir mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkunjung ke China selama enam hari sebelum itu bukan sahaja berunding untuk membina landasan kereta api, tetapi turut berbincang untuk memasukkan lebih 700,000 warga China ke Forest City di Johor Baharu.

Ujar Dr Mahathir, warga China ini akan diberikan IC secara terus dan istimewa bagi melayakkan mereka mengundi calon BN pada PRU14 akan datang.

“Apa kata kalau senyap senyap mereka diberi IC (kad pengenalan) Malaysia sebelum PRU14” kata Mahathir dalam Malaysiakini, 6 Disember 2016.

Mahathir hanya mahu tuduh dan cipta persepsi sahaja. Mahathir sendiri tiada bukti dan asas untuk membuktikan tuduhan itu.

Bagi mereka yang mahir berfikir dan sentiasa membaca, sudah pasti akan berasa pelik dan ketawa mengenai tuduhan Dr Mahathir ini.

Sebaliknya, bagi mereka yang tidak mengamalkan konsep Tabayyun dalam menerima sesuatu maklumat, ditambah pula nilai ketaksuban yang tinggi terhadap bekas Perdana Menteri itu, semestinya tuduhan berkenaan diterima ‘bulat-bulat’ tanpa usul periksa.

Golongan rakyat Malaysia sebeginilah yang akan merelakan diri mereka terus diperbodoh buat kali kedua. Kali pertama mereka diperbodohkan dan difitnah adalah kenyataan berkaitan 40 ribu warga Bangladesh akan dibawa masuk mengundi BN semasa PRU13, dan kali kedua mereka diperbodohkan adalah melalui kenyataan Dr Mahathir ini.

Mahathir akan buat pusingan U TURN macam Anwar dalam isu Bangla. Hari ini pun Mahathir dah banyak U TURN, dulu bapak rasis sekarang dah cium mulut dengan Kit Siang.

Termasuklah berkaitan Anwar Ibrahim, Mahathir dah mula berkempen membebaskan Anwar Ibrahim. Jika Ibrahim Ali digelar sebagai raja lompat, Anwar Ibrahim digelar raja sandiwara, Kit Siang dikata bapak rasis, Mahathir sudah boleh digelar raja U TURN.

Tuduhan beri IC pada warga China ini palsu dan tidak berasas. Malu sungguh, Mahathir guna pakai propaganda fitnah Anwar untuk kempen politik. Dulu cerita Bangla, “la ni” cerita warga China pula. – BB

apa cerrrr.......

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Dulu Anwar Tuduh Bangla Diberi IC, Kini Mahathir Tuduh Warga China Pula Dapat IC
Dulu Anwar Tuduh Bangla Diberi IC, Kini Mahathir Tuduh Warga China Pula Dapat IC
https://3.bp.blogspot.com/-E5IPolZqmJw/WEfHf4h37jI/AAAAAAAACCw/gQ-umOvQP2AmIhV4IGfyGtqO6pgdQjSLACLcB/s400/mahathir-kaki-kelentong.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-E5IPolZqmJw/WEfHf4h37jI/AAAAAAAACCw/gQ-umOvQP2AmIhV4IGfyGtqO6pgdQjSLACLcB/s72-c/mahathir-kaki-kelentong.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/dulu-anwar-tuduh-bangla-diberi-ic-kini.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/dulu-anwar-tuduh-bangla-diberi-ic-kini.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy