Bubar Saja BPS -KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang agar membubarkan Badan Peronda Sukarela (BPS) dan...




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang agar membubarkan Badan Peronda Sukarela (BPS) dan menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mampu menjaga keselamatan masyarakat di negeri itu.

Beliau berkata seperti penubuhan Unit Peronda Sukarela (PPS) yang diharamkan sebelum ini, BPS juga mungkin akan diharamkan kerana penubuhannya bercanggah dengan undang-undang.

"Kita semua tahu PPS telah disahkan sebagai satu pertubuhan tidak sah, jadi saya nasihatkan kerajaan negeri supaya bubarkan BPS yang baharu ini kerana tak guna kalau ada, kita akan haramkannya juga," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum perjanjian antara PDRM dengan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Beliau berkata anggota BPS sebaliknya disaran agar menyertai 'Community Policing' atau sebarang pertubuhan sedia ada yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan bernaung di bawah PDRM.



Katanya polis juga mengenal pasti penasihat BPS yang disifatkan sebagai individu yang tidak layak untuk memberi nasihat dalam aspek keselamatan.

"Kalau nak beri nasihat, panggil sahaja ketua polis negeri yang dapat memberikan nasihat lebih baik tentang undang-undang dan hal-hal keselamatan.

"Bila suka-suka buat pertubuhan, ahli-ahlinya ada yang tidak disemak, jadilah macam-macam seperti pukul orang, peras ugut orang. Kita nak elakkan perkara ini daripada berlaku," kata Khalid.

Beliau memaklumkan indeks jenayah di Pulau Pinang setakat ini tahun ini turun sebanyak enam peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, justeru orang ramai tidak perlu risau dan menyerahkan tugas menjaga keselamatan negara kepada PDRM.

Pada 13 Nov lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng melancarkan penubuhan BPS di bahagian pulau negeri ini dan pada 12 Nov lepas pasukan itu dilancarkan di sebelah Seberang Perai.

Difahamkan BPS, badan sukarela di bawah Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) diletak untuk menguruskan hal ehwal keselamatan komuniti bagi mewujudkan persekitaran kejiranan yang selamat dan bersatu padu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang menubuhkan PPS pada 2009 yang kemudian diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa pada 2014 kerana tidak mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Kalau nak sangat jaga keselamatan,masuk la Sukarelawan Polis..

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Bubar Saja BPS -KPN
Bubar Saja BPS -KPN
https://4.bp.blogspot.com/-w8hJbwN4wrc/WEE2bePefII/AAAAAAAAB-o/STNw1j58iVojNly_WPUkAtUpB7TrSCauACLcB/s400/Tan-Sri-Khalid-Abu-Bakar.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-w8hJbwN4wrc/WEE2bePefII/AAAAAAAAB-o/STNw1j58iVojNly_WPUkAtUpB7TrSCauACLcB/s72-c/Tan-Sri-Khalid-Abu-Bakar.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/bubar-saja-bps-kpn.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/bubar-saja-bps-kpn.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy