'Babi' Dah Kena Denda RM100

Seorang wanita yang menurunkan tandatangan bertulis 'Babi' pada saman trafik yang diterimanya akhirnya menerima hukuman apab...




Seorang wanita yang menurunkan tandatangan bertulis 'Babi' pada saman trafik yang diterimanya akhirnya menerima hukuman apabila dikenakan denda sebanyak RM100 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Yeoh Foong, 53, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam bahasa Mandarin.

Tertuduh yang merupakan ibu tunggal dan berasal dari Permas Jaya di sini didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Tan Razak di sini, pukul 8.50 malam kelmarin.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam bela tertuduh, Chuah Shyue Chien meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan ke atas anak guamnya memandangkan dia menghidap penyakit anemia dan kejadian mungkin berlaku akibat ketidakstabilan emosinya.

Akhbar hari ini melaporkan kebiadapan seorang wanita menurunkan tandatangan bertulis perkataan ‘Babi’ pada saman trafik yang diserahkan oleh seorang anggota polis trafik mengundang padah apabila dia ditahan di Jalan Tun Razak di sini kelmarin.

Kejadian pukul 8.55 malam itu berlaku ketika anggota trafik daripada Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS melakukan tugasan di jalan berkenaan menyaman wanita berkenaan atas kesalahan lalu lintas.

Dalam kejadian 8.50 malam Selasa lalu, ibu tunggal tersebut yang memandu kereta jenis Mercedes Benz ditahan anggota polis trafik kerana menghalang lalu lintas di Jalan Tun Razak .

Susulan kesalahan itu, dia disaman atas kesalahan menghalang lalu lintas, mengabaikan isyarat lalu lintas dan meletakkan kenderaan di garisan berkembar.

Namun, wanita tersebut bertindak biadap, menandatangani surat saman dengan perkataan Babi selain menengking anggota polis trafik tersebut.

Suspek juga menconteng kertas saman tersebut dengan niat memperlekehkan dan menghina anggota polis terbabit.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: 'Babi' Dah Kena Denda RM100
'Babi' Dah Kena Denda RM100
https://1.bp.blogspot.com/-bGwJtNhSBQU/WFNKnBh4gXI/AAAAAAAACFM/EMHFlnK-YMcLuXvmZDGNQD4KhBvwAlZnwCLcB/s400/BABI.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-bGwJtNhSBQU/WFNKnBh4gXI/AAAAAAAACFM/EMHFlnK-YMcLuXvmZDGNQD4KhBvwAlZnwCLcB/s72-c/BABI.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/babi-dah-kena-denda-rm100.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/babi-dah-kena-denda-rm100.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy