Arab Saudi Batalkan Yuran Visa Haji Dan Umrah Tapi Kekalkan GST

UMAT Islam menarik nafas lega apabila Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz mengisytiharkan akan membatalkan yuran visa ...




UMAT Islam menarik nafas lega apabila Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz mengisytiharkan akan membatalkan yuran visa haji dan Umrah bermula tahun ini. Perkara tersebut disampaikan oleh ahli Jawatankuasa Tertinggi Haji dan Umrah, Nasir Toruk.

Keputusan untuk membatalkan caj yang baru diperkenalkan dibuat susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara-negara lain yang menyifatkannya sebagai mahal, lapor Alborsa News.

Selain pembatalan caj yang baru dikenakan, Arab Saudi akan memberikan dua visa percuma kepada setiap syarikat berlesen yang terbabit dalam bidang haji dan umrah.

Dalam isu GST pula, Arab Saudi tetap mengambil pendekatan untuk melaksanakannya bermula 1 Januari 2017. Sebelum ini Menteri Kewangan Arab Saudi, Ebrahim Al Assaf mengumumkan negara berkenaan bakal melaksanakan GST dalam masa terdekat.

Menurut sumber, kadar GST Arab Saudi adalah pada sekitar 5%. Langkah melaksanakan GST ini bagi mengimbangi kesan harga minyak mentah yang menurun di pasaran global sejak beberapa bulan lepas..

Kejatuhan harga minyak mentah di pasaran global telah mengakibatkan Arab Saudi hilang punca pendapatan untuk perbelanjaan negara tersebut. Defisit bajet Arab Saudi pula melonjak kepada USD98 bilion pada 2015 berikutan penyusutan drastik harga minyak mentah dunia.

Walaupun kadar GST yang diperkenalkan oleh Arab Saudi adalah 5% iaitu lebih rendah 1% daripada negara kita namun mereka tidak melaksanakan sebarang pengecualian GST walaupun ianya melibatkan barang-barang keperluan asas.

Rakyat Malaysia amat bernasib baik memandangkan kerajaan amat prihatin terhadap golongan yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan barangan sifar GST terutama bagi barangan keperluan asas. Untuk makluman, terdapat beratus senarai barangan yang dikecualikan daripada GST atau Sifar GST.

Agak-agak hangpa la...ada tak pak arab yang pakai jubah kuning nanti untuk buat demontrasi..

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Arab Saudi Batalkan Yuran Visa Haji Dan Umrah Tapi Kekalkan GST
Arab Saudi Batalkan Yuran Visa Haji Dan Umrah Tapi Kekalkan GST
https://1.bp.blogspot.com/-w0NLcXThVrA/WEZ4gAuTZsI/AAAAAAAACBc/PHp2uj6SHHk2di9W4wwiFXwfmA2wr_lAwCLcB/s640/arab-saudi-670x377.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-w0NLcXThVrA/WEZ4gAuTZsI/AAAAAAAACBc/PHp2uj6SHHk2di9W4wwiFXwfmA2wr_lAwCLcB/s72-c/arab-saudi-670x377.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/12/arab-saudi-batalkan-yuran-visa-haji-dan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/12/arab-saudi-batalkan-yuran-visa-haji-dan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy