Timbalan Adam Mengaku Bahawa Adam Pernah Menghuni Flat PPR

  Ini cerita timbalannya dan buka lagi "cerita SPRM":- Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly pernah menghuni di sebuah fla...


Ini cerita timbalannya dan buka lagi "cerita SPRM":-

Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly pernah menghuni di sebuah flat di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dikhususkan bagi golongan berpendapatan rendah, beberapa tahun lalu.

Perkara itu didedahkan oleh timbalannya, Harris Idaham yang bagaimanapun menjelaskan Adam, 28, bukannnya berpindah dari flat PPR terus ke banglo yang beliau menetap sekarang.

"Ia bukan satu perubahan mendadak kerana dia (Adam) bukannya berpindah ke rumah sekarang terus dari flat PPR.

"Dari flat PPR, dia berpindah ke rumah yang lebih kecil dan kemudiannya baru dia dapat rumah sekarang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

PPR adalah program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menawarkan rumah pada paras harga antara RM30,000 hingga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia atau disewakan pada kadar RM124 sebulan.

Menurut Harris, Adam berkecimpung dalam dunia perniagaan dan terbabit dalam mengeskport perabot ke luar negara.

"Daripada apa yang saya faham, dia berjaya mendapat pesanan dalam jumlah yang besar daripada beberapa negara tertentu," katanya.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga mengesahkan bahawa Adam menceburi perniagaan perabot.

"Anggapnya seperti mana-mana ahli perniagaan," katanya dalam mesej WhatsApp kepada Malaysiakini.

Ketua Wanita PKR itu juga menafikan bahawa Adam adalah pegawai khasnya dan menjelaskan bahawa beliau adalah pemimpin belia yang dipilih parti itu di Ampang.

Mengulas gesaan itu, Harris menegaskan bahawa mereka akan memberi sokongan penuh kepada mana-mana agensi kerajaan yang mahu menyiasat ‘kekayaan’ Adam.

"Jika diminta mengisytiharkan aset, saya pasti dia akan melakukannya tanpa sebarang rasa takut," katanya

Walau bagaimanapun, Zuraida berkata, memandangkan Adam bukan seorang penjawat awam, tidak perlu baginya untuk berbuat demikian.

Usaha Malaysiakini untuk menghubungi Adam tidak berhasil apabila semua panggilan telefon tidak dijawab manakala mesej pula tidak berbalas.

Dan sehingga berita ini dibuat, timbalannya sendiri tidak tahu di mana lokasi "perniagaan" Adam atau pun guna simpanan barang. Buktikanlah supaya rakyat Malaysia betapa hebatnya budak muda yang hanya setakat SPM mampu berniaga eksport!!

Sumber :-aakj

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Timbalan Adam Mengaku Bahawa Adam Pernah Menghuni Flat PPR
Timbalan Adam Mengaku Bahawa Adam Pernah Menghuni Flat PPR
https://2.bp.blogspot.com/-6AH2TpeKAkI/WC1xnFNYe7I/AAAAAAAAB4U/0AyeUx9qJE0zmjlFnRf-JE95Y66VcNqIQCLcB/s400/adam%2Bbas%2Bsekolah.PNG
https://2.bp.blogspot.com/-6AH2TpeKAkI/WC1xnFNYe7I/AAAAAAAAB4U/0AyeUx9qJE0zmjlFnRf-JE95Y66VcNqIQCLcB/s72-c/adam%2Bbas%2Bsekolah.PNG
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/11/timbalan-adam-mengaku-bahawa-adam.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/11/timbalan-adam-mengaku-bahawa-adam.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy