Rafizi Pun Tak Kenal Siapa Adam Rosly

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli cuba menjauhkan diri daripada kontroversi Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly, 28, dengan mendakwa tidak...


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli cuba menjauhkan diri daripada kontroversi Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly, 28, dengan mendakwa tidak mengenali lelaki tersebut.

Mendakwa tidak mengetahui apa jenis perniagaan Adam, Rafizi mengejutkan ramai wartawan di lobi Parlimen selepas mendedahkan yang beliau tidak tahu siapakah Adam Rosly ini.

Jika ikut logik, kawasan Pandan yang mana Rafizi merupakan Ahli Parlimen terletak bersebelahan dengan kawasan Parlimen Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin yang juga bos Adam iaitu Ampang.

Tak logik tak kenal, tambahan pulak Ketua AMK yang kaya raya.

Menurut Rafizi, Adam Rosly perlu mengisytiharkan hartanya ekoran pendedahan kekayaan luar biasa yang dimiliki.

Katanya, mengisytiharkan harta merupakan cara yang paling berkesan bagi mencegah penyelewengan atau rasuah di kalangan ahli politik dan penjawat awam yang menjawat jawatan tertinggi.

"Saya dari awal sudah konsisten, cara yang paling baik mencegah penyelewengan atau rasuah dikalangan ahli politik, pegawai kerajaan yang berjawatan tinggi adalah mengisytiharkan harta secara terperinci, seperti yang saya buat tahun lepas.

"Cara paling mudah ialah Adam isytiharkan harta yang dimiliki. Saya telah lakukannya tahun lalu, dan tahun ini saya akan buat ( isytihar harta) pada Selasa atau Rabu depan," katanya.

Ketika ditanya adakah Rafizi mengetahui perniagaan apa yang dijalankan oleh Adam, beliau menjawab "tidak".

"Saya tidak tahu apa perniagaan yang dia buat. Sebenarnya saya tak tahu siapa Adam Rosly ini sebenarnya. Saya diberitahu dia agak baru dalam parti.Mungkin dari PAS (atau parti lain)..saya tak tahu. Baik tanya (Ahli Parlimen Ampang), Zuraida Kamaruddin sendiri,"katanya.

Semalam, Pengerusi Gabu­ngan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos membawa enam anggota media menaiki helikopter bagi melihat rumah banglo mewah Adam dari udara kira-kira 30 minit.

Sementara itu, Adam menjelaskan kepada media bahawa beliau mendapat harta kekayaan tersebut melalui pelbagai perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya.

"Tidak semua orang yang kaya memperoleh wang menerusi dana politik. Jika saya berbuat demikian, saya tidak akan secara terbuka membina rumah di kawasan seperti itu," katanya.

Ditanya mengenai meter elektrik Adam mendakwa rumah di di Kampung Melayu, Ampang itu mengalami masalah bekalan elektrik dan ketiadaan meter bekalan air sejak minggu lalu.

Menurut Adam, beliau telah berhubung dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menggantikan meter baharu susulan kejadian meter elektrik terbakar minggu lalu.

“Mengenai meter TNB, minggu lepas rumah itu terputus bekalan elektrik dan pihak TNB akan ganti meter baharu.

“Meter air pula kami dah mohon dari Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd),” kata Adam dipetik satu portal berita.

Menurut Adam, rumahnya tersebut baharu sahaja diduduki keluarganya.

Beliau juga menambah bahawa terdapat beberapa lagi bahagian di rumah tersebut yang belum siap sepenuhnya.

“Rumah itu baru diduduki, kalau lihat tempat peti (meter) itu pun masih belum sempurna. Simen pun belum siap sepenuhnya, tempat tekan loceng pun belum siap,” katanya.


Sumber :-

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Rafizi Pun Tak Kenal Siapa Adam Rosly
Rafizi Pun Tak Kenal Siapa Adam Rosly
https://3.bp.blogspot.com/-YjbsOj2H83o/WC1wcQOZHmI/AAAAAAAAB4I/JxcNNH8PncsB_WpxLraq_TjX8_efDEObgCLcB/s400/rafizi-rumahadam.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-YjbsOj2H83o/WC1wcQOZHmI/AAAAAAAAB4I/JxcNNH8PncsB_WpxLraq_TjX8_efDEObgCLcB/s72-c/rafizi-rumahadam.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/11/rafizi-pun-tak-kenal-siapa-adam-rosly.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/11/rafizi-pun-tak-kenal-siapa-adam-rosly.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy