Perhimpunan Agung Umno 2016 Bermula

Perhimpunan Agung Umno 2016 bermula pada Selasa dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari. Majlis perasmian serentak ...





Perhimpunan Agung Umno 2016 bermula pada Selasa dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari.

Majlis perasmian serentak ketiga-tiga sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dijadual berlangsung pada 8 malam dan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno.

Ketiga-tiga sayap pergerakan parti telah sebulat suara mahu perasmian itu dilakukan Zahid Hamidi yang merupakan naib presiden yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.

Tahun lepas, perasmian perhimpunan sayap dilakukan oleh ketua pergerakan masing-masing.
Sepertimana lazim, presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanatnya dalam Taklimat Presiden pada 2 petang ini, yang dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,732 perwakilan.
Perdana menteri juga dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pembangunan Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC KL), yang bakal menjadi mercu tanda baharu di ibu negara.

Selain itu, beberapa acara sampingan di luar perhimpunan turut diadakan iaitu Konvensyen Penerangan Umno 2016, Majlis Anugerah Nadi Negara (Wanita) 2016 dan pelancaran Laman Media yang juga akan disempurnakan oleh Zahid Hamidi.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Perhimpunan Agung Umno 2016 Bermula
Perhimpunan Agung Umno 2016 Bermula
https://4.bp.blogspot.com/-VKItCSNlLFI/WD0HzGMTdJI/AAAAAAAAB-A/NXrn3GMaJ4A7QT0cdDpF4bxHfCwSjWFKACLcB/s400/GdddHAZ9623.transformed.transformed.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-VKItCSNlLFI/WD0HzGMTdJI/AAAAAAAAB-A/NXrn3GMaJ4A7QT0cdDpF4bxHfCwSjWFKACLcB/s72-c/GdddHAZ9623.transformed.transformed.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/11/perhimpunan-agung-umno-2016-bermula.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/11/perhimpunan-agung-umno-2016-bermula.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy