Fara Fauzana Mohon Maaf Kepada Elly Mazlein

Niat sebenar Fara Fauzana bekas pengacara radio Hot Fm,bergurau ketika mengacara separuh akhir Muzik-Muzik 31 Jumaat lepas, membawa s...



Niat sebenar Fara Fauzana bekas pengacara radio Hot Fm,bergurau ketika mengacara separuh akhir Muzik-Muzik 31 Jumaat lepas,
membawa salah faham Elly Mazlein.Bintang Gegarvaganza 3 (GV3) menghormati tindakan Fara yang memohon maaf kepadanya berkenaan isu penarikan diri menerusi program tersebut.

Elly atau atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata dia menyifatkan perkara itu sebagai salah faham dan menerima baik permohonan maaf tersebut.

“Jujur saya cakap, ya saya memang marah tapi saya hormati Fara kerana dia mengambil inisiatif untuk meminta maaf.“Kebetulan kami duduk bersebelahan ketika konsert GV 3 Ahad lepas, dia tegur dan bertanya adakah saya marah kepadanya.

“Saya anggap perkara ini sudah selesai. Apa yang berlaku hanyalah salah faham, mungkin pada waktu itu dia tersilap kata atau pun tidak sengaja,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Neng Geulis bertempat di Hotel Majestic di sini

Dalam pada itu ditanya mengenai kritikan pedas yang diberikan kepadanya oleh pelakon Fauziah Ahmad Daud (Ogy) menerusi laman sosial, Elly berkata dia ingin melupakan perkara tersebut.

“Pada pendapat saya banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk menegur saya dan saya rasa lebih baik sekiranya bercakap secara peribadi.

“Saya nak lupakan perkara itu, tak mahu dipanjangkan lagi, sampai bila nak bergaduh? Lagipun perkara begini tidak memberikan kebaikan pada saya.

“Walaupun saya telah ‘diserang’, saya tetap menghormati dia (Ogy) bukan sahaja sebagai pelakon senior tetapi juga sebagai orang yang lebih tua daripada saya,”
“Biarlah orang nak kata apa, saya terima. Bagi saya perkara-perkara yang berlaku ini membuatkan saya lebih tabah dan kuat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Elly telah dilantik sebagai Duta Neng Geulis iaitu pakaian wanita selama setahun.

Terdahulu, Elly telah menjadi perhatian selepas menarik diri daripada program GV3 pada 6 November lalu.

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Fara Fauzana Mohon Maaf Kepada Elly Mazlein
Fara Fauzana Mohon Maaf Kepada Elly Mazlein
https://3.bp.blogspot.com/-vAOwWXIAtfQ/WC1sZ10fZvI/AAAAAAAAB3c/2EIQ3PgBdRkdinT75tUXFvBrl8ss62y4wCEw/s640/41479290092_EllyMazleinFarah.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-vAOwWXIAtfQ/WC1sZ10fZvI/AAAAAAAAB3c/2EIQ3PgBdRkdinT75tUXFvBrl8ss62y4wCEw/s72-c/41479290092_EllyMazleinFarah.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/11/fara-fauzana-mohon-maaf-kepada-elly.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/11/fara-fauzana-mohon-maaf-kepada-elly.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy