Ahli Parlimen Pembangkang Meroyan Desak Pembebasan Maria Chin Dan Hentikan SOSMA

Kira-kira 40 ahli Parlimen pembangkang berarak dari Parlimen menuju ke Ibupejabat Polis Bukit Aman bertujuan mendesak pembebasan Maria...



Kira-kira 40 ahli Parlimen pembangkang berarak dari Parlimen menuju ke Ibupejabat Polis Bukit Aman bertujuan mendesak pembebasan Maria Chin.

Diketuai oleh Ketua Pembangkang Datin seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan),Kit Siang dan amat memalukan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.Sepatutnya bekas pemimpin tinggi dalam kerajaan tahu apa itu tahanan (SOSMA).

Penahanan Maria Chin dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).



SOSMA ialah sebuah akta "bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait".



Akta itu menyatakan seorang pegawai polis, boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang yang berkenaan dengan dia mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan. Orang itu boleh ditahan bagi tempoh 24 jam untuk tujuan penyiasatan.
  
Pegawai polis boleh melanjutkan tempoh penahanan untuk tempoh tidak lebih 28 hari, bagi tujuan penyiasatan
   

Mereka juga meminta Ketua Polis Negara untuk bertindak ke atas gangguan kepada Ahli Parlimen dan memberi maklumat serta meminta untuk undang-undang SOSMA dimansuhkan serta melindungi hak-hak ahli Parlimen untuk bercakap di Parlimen.

Penahanan Maria bukan disebabkan bersuara di Parlimen,tetapi menghasut, memfitnah dan mengelirukan rakyat membenci kerajaan dan membuat perhimpunan Bersih.Jangan la 'spin' untuk mengelirukan rakyat yang sekarang ini tengah terkeliru.


Beza antara SOSMA dan juga ISA adalah di mana kuasa untuk mendakwa, menahan dan menangkap tidak lagi di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri seperti akta ISA sebelum ini, tetapi ianya diletakkan di bawah kuasa jawatankuasa SOSMA yang terdiri daripada pengamal undang-undang dan sistem kehakiman di negara ini. 



Biar pun ada yang mendakwa akta SOSMA ini lebih tegas berbanding ISA, namun di dalam SOSMA mereka yang ditahan boleh dibicarakan untuk membela diri. Mereka yang dituduh boleh mengemukakan bukti dan sebagainya bagi sebagai hujah bahawa diri mereka itu tidak bersalah.

“Tidak seperti ISA sebelum ini di mana mereka yang dituduh tidak dapat membela diri serta boleh ditahan tanpa bicara untuk jangka masa yang panjang sehingga satu masa yang ditentukan oleh kerajaan. Namun akta SOSMA ini tidak begitu dan sudah tentulah ianya lebih adil buat mereka yang dituduh di bawah akta ini berbanding ISA sebelum ini.

Jadi,sebaiknya Kak Wan menyiasat dan menyelidik terlebih dahulu berhubung perkara ini.Dakwaan oleh pembangkang dan pihak tertentu mengatakan SOSMA digunakan untuk memberi tekanan terhadap ahli politik adalah tidak benar.




 

“Dan yang lebih penting lagi, SOSMA tidak berada di bawah kuasa ahli politik mana-mana parti sekalipun sebaliknya diterajui oleh jawatankuasa SOSMA yang dilantik diluar kalangan ahli politik di mana keputusan mereka untuk menahan dan atau menuduh itu lebih telus dan adil tanpa berpaksi mana-mana parti atau pemimpin politik.





COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Ahli Parlimen Pembangkang Meroyan Desak Pembebasan Maria Chin Dan Hentikan SOSMA
Ahli Parlimen Pembangkang Meroyan Desak Pembebasan Maria Chin Dan Hentikan SOSMA
https://2.bp.blogspot.com/-jKSIE3VDuCY/WDP5lfsbi-I/AAAAAAAAB7c/CA03PKxE0yoH7y-CUBLUmn4_TtJM972TgCLcB/s640/71479794750_wanazizah.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-jKSIE3VDuCY/WDP5lfsbi-I/AAAAAAAAB7c/CA03PKxE0yoH7y-CUBLUmn4_TtJM972TgCLcB/s72-c/71479794750_wanazizah.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/11/ahli-parlimen-pembangkang-meroyan-desak.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/11/ahli-parlimen-pembangkang-meroyan-desak.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy