ULANGAN : OTAK AKAN ROSAK JIKA TERUS PERCAYA PADA FITNAH YANG DI KELUARKAN OLEH RAJA FITNAH

RAJA fitnah Malaysia, Rafizi Ramli nampaknya semakin kaya. Manakan tidak. Sudahlah berjaya memperdaya rakyat mengeluarkan simpanan dari ...



RAJA fitnah Malaysia, Rafizi Ramli nampaknya semakin kaya. Manakan tidak. Sudahlah berjaya memperdaya rakyat mengeluarkan simpanan dari Tabung Haji (TH), dia juga yang dapat keuntungan apabila institusi kewangan itu mengumumkan 5 peratus bonus tahunan, ditambah 3 peratus bonus haji bagi yang belum menunaikan haji.

Selepas TH, Rafizi memfitnah pula Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian besar akibat daripada pemerasan yang dilakukan oleh kerajaan demi menyelamatkan syarikat milik kerajaan dari mengalami kerugian.

Dan baru-baru ini, apabila KWSP mengumumkan pemberian dividen sebanyak 6.4 peratus, lagi kayalah dia nampaknya.


Apabila pihak media terus menerus memainkan simpanannya di dua agensi berkenaan, bukan main berlagak lagi Ahli Parlimen Pandan itu berkata di akaun Twitternya. Atau mungkin juga memerli rakyat yang senang-senang mempercayai pembohongannya.

“Kpd cybertrooper pencinta @NajibRazak, nak ada simpanan semasa umur 30an: kerja rajin2, naik pangkat cepat. Jgn bergantung kpd 20sen/tweet,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi Ramli begitu giat memfitnah Tabung Haji dan KWSP kerana kononnya dua buah agensi berkaitan kerajaan ini dijadikan “lubuk” oleh kerajaan sebagai modal untuk menyelamatkan beberapa agensi lain termasuk 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).



Tindakannya ini mengakibatkan terdapat segelintir rakyat Malaysia terpengaruh dengan dakyah kononnya Tabung Haji sudah kekeringan modal sehingga terpaksa mengambil wang simpanan mereka sebagai modal tambahan akibat kerakusan kerajaan.

Dengan dua pengumuman dari kedua agensi kewangan itu membuktikan bahawa dakwaan Rafizi nyata meleset sama sekali dan sekaligus membuktikan bahawa beliau sememangnya Raja Penipu Malaysia.

Dalam perkembangan sama, Rafizi dilaporkan mempunyai simpanan lebih setengah juta Ringgit di Tabung Haji dan KWSP yang membolehkan beliau menerima bonus tambahan dari kedua-dua agensi ini melebihi RM 80,000.

Bagaimana mudahnya Rafizi menipu rakyat, sedangkan dia sendiri sebenarnya mempunyai kepercayaan terhadap kedua-dua agensi ini, tidak seperti kenyataan menghasutnya sebelum ini yang mengatakan kedua-dua agensi ini adalah penipu dan dijadikan lubuk oleh kerajaan menyelamatkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang lain.

Sekali lagi, Rafizi berjaya menipu ramai pengikutnya tanpa sedikitpun perasaan bersalah. Lebih malang lagi, mereka yang menjadi mangsa kepada penipuannya adalah dikalangan orang-orang Melayu itu sendiri. Apa yang boleh didapatkan dari penipuan Rafizi ini? Selepas ini apa lagi penipuan yang ingin ditabur oleh Rafizi demi meraih populariti politiknya?


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: ULANGAN : OTAK AKAN ROSAK JIKA TERUS PERCAYA PADA FITNAH YANG DI KELUARKAN OLEH RAJA FITNAH
ULANGAN : OTAK AKAN ROSAK JIKA TERUS PERCAYA PADA FITNAH YANG DI KELUARKAN OLEH RAJA FITNAH
https://2.bp.blogspot.com/-bWwNEy7nFo0/WAiA4uIMG3I/AAAAAAAABxk/O9aq7iDHBqwT3_DjhXHrQHXCNghEJctxgCLcB/s640/rafizi1.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-bWwNEy7nFo0/WAiA4uIMG3I/AAAAAAAABxk/O9aq7iDHBqwT3_DjhXHrQHXCNghEJctxgCLcB/s72-c/rafizi1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/10/ulangan-otak-akan-rosak-jika-terus.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/10/ulangan-otak-akan-rosak-jika-terus.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy