PAS Menentang Himpunan Bersih, Jangan Bawa ‘Spring’ Ke Negara Ini – Hadi

Pas mengingatkan pembangkang agar jangan sesekali mencipta musim atau ‘spring’ yang tiada di negara ini semata-mata untuk menggulingkan k...


Pas mengingatkan pembangkang agar jangan sesekali mencipta musim atau ‘spring’ yang tiada di negara ini semata-mata untuk menggulingkan kerajaan dengan menganjurkan Bersih 5.0 kerana najitahnya merugikan semua pihak.



Tampil dengan kenyataan pa­ling tegas setakat ini, Presiden­nya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembangkang perlu insaf serta mengambil iktibar daripada ‘Arab Spring’ yang kini diibaratkan buah beracun sehingga meragut nyawa tanpa batas.



Beliau yang tampil menyatakan pendirian itu sehari selepas Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan mengulangi pendirian Pas menolak Bersih 5.0 menambah, ‘Arab Spring’ diharapkan berbuah lazat tetapi realitinya hanya menghasilkan ulat dan racun.



“Buahnya berulat dan beracun, membunuh mangsanya lebih dahsyat daripada wabak penyakit biasa sehingga meragut mangsanya tanpa batas. Banyak darah yang telah mengalir, korban yang gugur, menjadi pelarian serta menunggu giliran (untuk dibunuh).



“Di Malaysia tiada musim bernama ‘spring’, yang ada hanya musim hujan dan kemarau. Maka jangan ciptakan musim yang tidak ada di sini. Tunggu dan beristiqamah bersama Islam, nescaya selamat. Adapun tanpa Islam menjadi laknat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Pas sejak Bersih 4.0 konsisten menolak demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan, selepas memutuskan tidak mahu lagi diperkudakan DAP sekali gus menyebabkan pembangkang gagal menghimpunkan jumlah penyokong mereka seperti siri terdahulu.



Dalam pada itu, Abdul Hadi mengimbau sejarah ‘Arab Spring’ de­ngan insiden pertama berlaku semasa Revolusi Arab 1916 akibat tindakan Raja Wilayah Hijaz, Syarif Husain mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah sehingga menyebabkan dunia Arab berkecai.



Katanya, roda sejarah hitam itu kembali berputar pada 2010 apabila warga Tunisia, Mohamed Bouazizi, bertindak membakar diri sehingga mencetus gelombang revolusi di bumi Arab dan kini Syria menjadi bukti hidup betapa ‘spring’ merupakan buah beracun.



“Muhasabah bijak, ikhlas dan adil perlu difikirkan. Contoh paling panas ialah Syria yang menjadi medan perlumbaan paling sengit dalam kalangan kuasa besar perlu difahami. Adakah Barat yang mahu menjatuhkan Bashar al-Assad ikhlas,” soalnya

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: PAS Menentang Himpunan Bersih, Jangan Bawa ‘Spring’ Ke Negara Ini – Hadi
PAS Menentang Himpunan Bersih, Jangan Bawa ‘Spring’ Ke Negara Ini – Hadi
https://2.bp.blogspot.com/-pvAoIPDy6GQ/WAW-eFB1jHI/AAAAAAAABwA/9tOroEXh5_4PcvDlErLnatRMTP5rXBjUgCLcB/s640/hadi%2Bawang.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-pvAoIPDy6GQ/WAW-eFB1jHI/AAAAAAAABwA/9tOroEXh5_4PcvDlErLnatRMTP5rXBjUgCLcB/s72-c/hadi%2Bawang.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/10/pas-menentang-himpunan-bersih-jangan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/10/pas-menentang-himpunan-bersih-jangan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy