Individu Yang Bocorkan Maklumat Kepada Musuh Di Kenalpasti - TPM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan risikan jika terdapat individu dalam agensi-agensi penguatkuasaan yang membocorkan maklu...



Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan risikan jika terdapat individu dalam agensi-agensi penguatkuasaan yang membocorkan maklumat sehingga berlaku pencerobohan di perairan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tindakan akan diambil terhadap pihak yang terlibat.

Menurutnya KDN sentiasa prihatin terhadap isu kedaulatan dan keselamatan negara, meskipun terdapat beberapa kekangan.

"Terdapat beberapa kekangan biarpun kita ada aset, anggota dan juga sistem maklumat tertentu. Tetapi sebagaimana yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) katakan, ada kemungkinan berlaku kebocoran maklumat," katanya menjawab soalan tambahan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kulasegaran ingin tahu kenapa masih berlaku pencerobohan di perairan Sabah meskipun pelbagai langkah telah dilaksanakan.

Sesi MQT itu diadakan buat pertama kali pada persidangan Dewan Rakyat, dan diadakan setiap Selasa dan Khamis sebelum bermula sesi soal jawab selama 30 minit.

Zahid Hamidi berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menjaga keselamatan negara, termasuk menubuhkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) yang merangkumi gabungan pelbagai jabatan antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Selain itu, katanya kerjasama dengan beberapa negara termasuk negara jiran turut diadakan dengan langkah yang diambil antaranya mendirikan pagar di kawasan sempadan negara, bertukar maklumat dalam kalangan negara ASEAN, selain menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Zahid Hamidi berkata keselamatan lapangan terbang negara sejak 1 April lepas adalah pada tahap jingga.

"Kita telah mendapat satu tanda iaitu lapangan terbang kita berada di tahap jingga, iaitu perlu berhati-hati. Mesyuarat penyelarasan telah dilakukan untuk kesiapsiagaan di lapangan terbang," katanya.

Shamsul Anuar dalam soalannya ingin tahu sejauh mana keselamatan negara di semua pintu sempadan dengan negara jiran dan di lapangan terbang seluruh negara, selain kemudahan terkini yang diguna pakai bagi mengesan serta mencegah berlakunya perkara tidak diingini.

Menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi dalam menyelaras semua agensi dan jabatan di pintu-pintu sempadan negara, Zahid Hamidi berkata ia telah dapat diatasi dengan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

"Sejak kewujudan NBOS dengan menggabungkan pelbagai kementerian, segala kekangan dapat diatasi sebaiknya dan agensi kerajaan keluar daripada kepompong silo," katanya.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Individu Yang Bocorkan Maklumat Kepada Musuh Di Kenalpasti - TPM
Individu Yang Bocorkan Maklumat Kepada Musuh Di Kenalpasti - TPM
https://4.bp.blogspot.com/-_IENIWNaOHI/WAWuA13rknI/AAAAAAAABvo/cihP17KuyZgxBpgoz56OsdQg4X5ZvjdAwCLcB/s640/zahid%2Bhamidi.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-_IENIWNaOHI/WAWuA13rknI/AAAAAAAABvo/cihP17KuyZgxBpgoz56OsdQg4X5ZvjdAwCLcB/s72-c/zahid%2Bhamidi.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/10/individu-yang-bocorkan-maklumat-kepada.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/10/individu-yang-bocorkan-maklumat-kepada.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy