Budak Mentah Yang Tidak Tahu Berfikir

Sebenarnya penulis malas hendak layan perangai budak-budak zaman sekarang terutamanya yang tidak mengenal erti hidup susah ekoran mereka ...


Sebenarnya penulis malas hendak layan perangai budak-budak zaman sekarang terutamanya yang tidak mengenal erti hidup susah ekoran mereka sejak lahir semunya sudah tersedia di depan mata. Namun kali ini penulis terpaksa layan juga…

Bukan apa, naik menyampah pula melihat budak mentah yang belajar pun belum habis, tapi sudah terkinja-kinja menempelak kerajaan dengan kenyataan tidak berasas. Tempohari sudah dibidas berkenaan isu tangkap MO1, kali ini bajet 2017 pula.

Budak ini mendakwa kononnya yuran pengajian di Malaysia mahal dan tidak selaras mengikut standard. Kononnya itu faktor utama yang perlu dilihat Kerajaan Malaysia berbanding menukar baucar buku kepada kad debit mahasiswa.

Penulis tidak tahu dari mana dia dapat fakta, tapi mungkin dari jamban. Tidak tahu juga dari mana ‘kutipan-kutipan’ yang dia lakukan, kutipan primer atau sekunder hasil ciptaan imaginasinya sendiri?

Pelik sekali jika dia mengatakan yuran pengajian di universiti di negara kita ini mahal. Apa dia tidak pernah keluar dari ‘tempurung’? Padahal, pendakwah terkemuka dunia Dr Zakir Naik sendiri pernah mengakui betapa murahnya yuran pengajian di negara kita. Budak mentah ini kenal Dr Zakir Naik? Atau dia lebih kenal Ambiga?

Mahu diselaraskan yuran pengajian bagaimana lagi agaknya? Dia mahu yuran pengajian ijazah perubatan sama nilai dengan pengajian sastera bahasa Melayu? Atau dia mahu yuran pengajian ijazah sarjana muda untuk setiap bidang di negara ini sama kadarnya?

Nampaknya budak ini seolah-olah sangat mentah dalam menilai kos bagi setiap bidang pengajian. Dia mungkin gagal memahami tentang kos yang tidak sama ditanggung oleh setiap universiti di negara ini walaupun dalam bidang yang sama?

Penulis menyarankan supaya budak ini membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum bersuara. Bukan apa, sebagai seorang pelajar universiti, dia perlu menunjukkan kebijaksanaan dirinya setaraf dengan pelajar universiti, bukan budak tingkatan 1.

Penulis rasa, jika budak ini lahir lebih awal dan belajar di universiti di zaman penulis dulu, rasanya baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Jangankan kad debit atau baucar buku, hendak ‘photostate’ nota pun sampai berhutang dengan rakan.

Susahnya kami belajar di zaman Tun Dr Mahathir dulu, bukannya ada kementerian khas yang ambil tahu. Malah di zaman kemelesetan ekonomi dulu, ramai yang hilang biasiswa dan tajaan, terpaksa berhenti belajar ekoran tidak dapat menampung kos sara hidup.

Tapi kami dulu tidak tahu mengeluh atau bermanja-manja. Setakat mi maggi, itu perkara biasa yang kami kongsi bersama. Berebut telefon awam, itu juga biasa. Hendak guna komputer, terpaksa menapak lebih 1 km ke makmal komputer. Ada rakan kaya yang memiliki komputer sendiri, tapi kami risau jika rosak atau dakwat pencetakknya habis, teruk nak ganti!

Mungkin senario kita tidak sama. Tapi, kami tidak mengada-ngada. Apa yang ada kami gunakan. Kurang duit, kami kerja ‘part time’ di restoran makanan segera. Kami tidak suka susahkan hati ibu bapa merengek meminta laptop atau telefon bimbit, apatah lagi motorsikal.

Tapi kami tetap ada ideologi, cuba memahami dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa di dalam atau luar negara. Ada yang memberontak, ada yang tidak. Tapi yang memberontak hampir semuanya tidak habiskan pengajian, manakala yang tidak memberontak pula ramai yang kini jadi manusia berguna.

Penulis menyarankan kepada budak itu supaya hargai masa mudanya dengan menuntut ilmu, bukan hanya sekadar mendapatkan ijazah, jauh sekali menghitamkan masa depan sendiri. Memang darah muda cepat panas, tapi itu untuk anak muda yang kurang berilmu. Jika berilmu dan beriman, nescaya mereka tidak akan jadi begitu. Berubahlah sebelum terlambat…

Terserahlah sama ada budak itu hendak dengar atau tidak nasihat penulis ini. Pilihan ada di tangannya. Jika sayangkan masa depan dan mahu jadi pemimpin DAP sekali pun, biarlah berilmu dan bijak berfikir. Tidaklah nanti pembangkang ketandusan pemimpin yang bijak pada masa akan datang, kan?

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Budak Mentah Yang Tidak Tahu Berfikir
Budak Mentah Yang Tidak Tahu Berfikir
https://2.bp.blogspot.com/--4s0h2R2kho/WA2cw_sZoyI/AAAAAAAAByA/zrDddThswbIvz2ys-nXfBSjuPuWTwKFUgCLcB/s640/Anis-Syafiqah.jpg
https://2.bp.blogspot.com/--4s0h2R2kho/WA2cw_sZoyI/AAAAAAAAByA/zrDddThswbIvz2ys-nXfBSjuPuWTwKFUgCLcB/s72-c/Anis-Syafiqah.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/10/budak-mentah-yang-tidak-tahu-berfikir.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/10/budak-mentah-yang-tidak-tahu-berfikir.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy