Ahli Parlimen Pembangkang Macam Kanak-Kanak Tadika

"Macam Beruk!!!" Hanya itu sahaja gambaran yang cukup jelas untuk kita berikan kepada puak Pakatan Haprak ni bila mereka mengam...


"Macam Beruk!!!" Hanya itu sahaja gambaran yang cukup jelas untuk kita berikan kepada puak Pakatan Haprak ni bila mereka mengambil tindakan meninggalkan Dewan Rakyat sewaktu Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 hari ini.

Apa yang jelas, tindakan yang dianggap tidak beretika itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak ni hanya sekadar pandai bermain dengan sandiwara dan tidak dapat menerima kritikan secara terbuka yang diluahkan oleh Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PKR, mereka memberikan alasan kononnya tindakan 'keluar dewan' secara beramai - ramai itu dilakukan sebagai bantahan terhadap pembentangan bajet yang dianggap tidak telus.

Namun apa yang jelas, tindakan puak Pakatan Haprak tu keluar dari dewan adalah disebabkan mereka tidak dapat menerima kritikan yang diluahkan oleh Perdana Menteri terhadap tuduhan yang sering dijaja kepada rakyat selama hari ini.

Sekitar jam 6.00 petang tadi, hampir semua Ahli Parlimen dikalangan puak Pakatan Haprak tu bertindak keluar dewan beramai-ramai bagi menzahirkan bantahan apabila Perdana Menteri itu mengulas mengenai keadaan ekonomi semasa negara ini.

Tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengangkat poster dan keluar dewan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membentangkan Bajet 2017 di Parlimen, semalam menzahirkan ketidakmatangan mereka dalam sistem politik demokrasi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan kebudak-budakan seperti kanak-kanak tadika itu jelas tidak menghormati, mencabuli dan mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen.

"Kita ada peraturan di Parlimen dan tindakan bermain politik macam budak tadika ini boleh dibuat di luar dewan seperti pentas ceramah atau di jalan raya,"

Asyraf Wajdi mengulas tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang mengangkat poster dan keluar dewan ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017, di Parlimen, petang semalam.

Beliau berkata, setiap Ahli Parlimen seharusnya menggunakan Parlimen sebagai pentas yang terbaik untuk perbahasan sesuatu perkara demi kepentingan rakyat.

"Secara peribadi, saya mengucapkan syabas kepada Ahli Parlimen PAS dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Ahli Parlimen Semporna) yang tidak terikut-ikut dengan tindakan kebudak-budakan itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Bajet 2017 menunjukkan kelangsungan Kerajaan Pusat memartabatkan Islam di Malaysia. Katanya, ini terbukti apabila kerajaan terus meningkatkan peruntukan khusus untuk pembangunan syiar Islam, termasuk menyediakan peruntukan RM30 juta bagi merealisasikan Dasar Tahfiz Negara.

Katanya, dalam bajet itu, kerajaan juga bersetuju memberi elaun tambahan RM100 seorang kepada seramai 15,000 imam, 36,000 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), 3,600 siak serta pentadbir masjid di seluruh negara. "Ini besar maknanya dalam konteks kerajaan membina masa depan negara, yang bukan sahaja hebat dari segi akademik, tetapi juga kuat teras agamanya," katanya.






COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Ahli Parlimen Pembangkang Macam Kanak-Kanak Tadika
Ahli Parlimen Pembangkang Macam Kanak-Kanak Tadika
https://1.bp.blogspot.com/-cxjFCp5GsDQ/WA2ebA7iabI/AAAAAAAAByM/UaLhdQgfWpQ3JAdYRLP6ZylwjfoQ-RkzwCLcB/s640/keluar_Parlimen.transformed.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-cxjFCp5GsDQ/WA2ebA7iabI/AAAAAAAAByM/UaLhdQgfWpQ3JAdYRLP6ZylwjfoQ-RkzwCLcB/s72-c/keluar_Parlimen.transformed.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/10/ahli-parlimen-pembangkang-macam-kanak.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/10/ahli-parlimen-pembangkang-macam-kanak.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy