TIAN CHUA DI HUKUM PENJARA

"Mak pesan,buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali",Terlajak perahu boleh diundur,terlajak bahasa ini lah padahnya... ...



"Mak pesan,buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali",Terlajak perahu boleh diundur,terlajak bahasa ini lah padahnya...

Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,800 terhadap Tian Chua selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan namun, Naib Presiden PKR itu dapat
mengekalkan jawatannya sebagai Anggota Parlimen Batu.

Seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhi hukuman itu terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 53, bagi kesalahan itu yang dilakukannya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini di antara 8.55 malam dan 11.15 malam 13 Mei 2013.

Pada 29 Mei 2013, Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memberi ucapan dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Hakim Zulqarnain memerintahkan Tian Chua dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu dan mengarahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan itu bermula hari ini.

Tian Chua membayar denda itu.

Bagaimanapun, beliau membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya di Mahkamah Tinggi selesai dan mengekalkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Dalam penghakimannya, Hakim Zulqarnain berkata beliau mendapati ceramah Tian Chua mengandungi kecenderungan menghasut kerana menggunakan perkataan termasuk 'bangkit' dan 'turun ke jalan raya'.

"Ucapan bersemangat ini dibuat (oleh Tian Chua) selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Melihat kepada ucapan secara keseluruhannya ia adalah mempunyai kecenderungan membangkitkan orang ramai untuk turun ke jalan raya," katanya sambil memberitahu bahawa mahkamah turut mengambil kira kepentingan awam sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Beliau juga mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan
munasabah di akhir kes pembelaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memohon hukuman penjara dan denda dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahannya adalah serius selain memberi pengajaran kepada orang awam.

"Kecenderungan menghasut beri implikasi besar kepada orang awam di negara ini dan sepatutnya tertuduh sebagai anggota parlimen yang mewakili suara rakyat lebih faham dan bertanggungjawab serta mempunyai kolum sesuai untuk menyatakan ketidakpuasan hati," katanya.

Peguam N.Surendran yang mewakili Tian Chua memohon hukuman denda kurang RM2,000 atas kapasiti tertuduh merupakan seorang Anggota Parlimen selain perkataan yang dikeluarkan anak guamnya tidak menyeru kepada keganasan.

"Tidak ada apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku selepas atau disebabkan ucapan tersebut sama ada di dewan atau di mana-mana sehingga sekarang," katanya.

Sebanyak empat saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dalam kes itu manakala dua saksi pembelaan ialah Tian Chua dan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: TIAN CHUA DI HUKUM PENJARA
TIAN CHUA DI HUKUM PENJARA
https://2.bp.blogspot.com/-yhx3QUnyna4/V-y3vuABpmI/AAAAAAAABvA/TK4srxEqZVAVvJ28qQ8eIp9_EKLGNRPCwCLcB/s640/tian-chua-sedition-act.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-yhx3QUnyna4/V-y3vuABpmI/AAAAAAAABvA/TK4srxEqZVAVvJ28qQ8eIp9_EKLGNRPCwCLcB/s72-c/tian-chua-sedition-act.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/09/tian-chua-di-hukum-penjara.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/09/tian-chua-di-hukum-penjara.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy