ROS lulus Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dengan nama singkatan PPBM. Menurut ...




Pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dengan nama singkatan PPBM.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ROS secara prinsip meluluskan pendaftaran parti berkenaan dengan akronim PPBM bukan Bersatu.

Logo bunga raya sebagai simbol parti itu juga diluluskan, katanya yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Zahid Hamidi memaklukan PBBM mesti memberi penjelasan mengenai peranan pengerusi dan presiden kepada parti itu kepada ROS bagi mendapatkan kelulusan rasmi.

"Berdasarkan perlembagaan parti itu, pengerusi berperanan mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi manakala presiden mempengerusikan mesyuarat majlis presiden," ujarnya yang juga Menteri Dalam Negeri.



Beliau berkata, nama singkatan PPBM diluluskan selepas rundingan antara parti itu dengan ROS baru-baru ini.

Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini Khamis, beliau menurut laporan Bernama berkata penggunaan akronim PPBM bukan atas arahan ROS sebaliknya atas permintaan parti itu sendiri semasa mendaftarkan permohonan sebelum ini.

"Dalam permohonan awal, mereka mahu menggunakan nama panggilan parti sebagai Bersatu tetapi selepas pihak ROS membuat semakan nama itu telah banyak digunakan oleh parti dan pertubuhan lain. Selepas rundingan semula dibuat, pihak parti memohon meletakkan akronim PPBM dan ROS meluluskannya seperti yang dipohon," katanya, sambil menambah nama Bersatu telah digunakan oleh enam parti dan pertubuhan setakat ini.

Kelulusan itu juga membabitkan sedikit perubahan pada logo berbanding logo asal semasa permohonan dibuat, katanya.

Zahid Hamidi berkata beliau tidak campur tangan dalam kelulusan permohonan tersebut serta menegaskan permohonan mana-mana parti atau organisasi akan diluluskan jika mematuhi syarat-syarat dalam Akta Pertubuhan 1966.

Ditanya risiko PPBM sekiranya menggunakan nama Bersatu bagi mempromosikan parti itu, Zahid Hamidi berkata mereka secara rasmi telah melanggar perlembagaan parti tersebut.

"Sekiranya mereka masih menggunakan nama Bersatu tindakan pembatalan pertubuhan itu boleh diambil ROS berdasarkan Akta Pertubuhan," katanya.

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lepas menyerahkan permohonan bagi mendaftar sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu di ROS.

Hadir sama dalam sidang media itu Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: ROS lulus Parti Pribumi Bersatu Malaysia
ROS lulus Parti Pribumi Bersatu Malaysia
https://1.bp.blogspot.com/-4ikfU1ck5mA/V9EI5fLm0ZI/AAAAAAAABrU/rEcBWXbpD3sp-1RkykXqdM0gWBXRMKtCQCLcB/s640/pribumi.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-4ikfU1ck5mA/V9EI5fLm0ZI/AAAAAAAABrU/rEcBWXbpD3sp-1RkykXqdM0gWBXRMKtCQCLcB/s72-c/pribumi.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/09/ros-lulus-parti-pribumi-bersatu-malaysia.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/09/ros-lulus-parti-pribumi-bersatu-malaysia.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy