Motorola Solutions Sasar Pindah Ke Malaysia – Zahid Hamidi

Mana katanya oleh pihak pembangkang yang Malaysia negara bertuah ini akan 'bankrup'.Di canang sana sini oleh media sosial yang ti...


Mana katanya oleh pihak pembangkang yang Malaysia negara bertuah ini akan 'bankrup'.Di canang sana sini oleh media sosial yang tidak bertanggungjawab.

Nah !! Jika Malaysia mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk,takkan sebuah syarikat gergasi ingin membuka operasinya.

Pertemuan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Motorola Solutions Greg Brown bersempena perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) turut dibincangkan mengenai permindahan operasi dua kemudahan syarikat Motorola ke Malaysia dalam usaha meningkatkan keyakinan untuk Malaysia dan lokasi pemindahan telah pun wujud.

Zahid Hamidi berkata,beliau berharap kerajaan negeri di mana kemudahan Motorola akan dipindahkan itu tidak akan mendakwa ia adalah usaha mereka sebagaimana dicadangkan oleh Motorola Solutions,sebuah syarikat yang menerajui produk misi kritikal komunikasi,penyelesaian dan perkhidmatan untuk masyarakat dan perniagaan.



“Ia benar-benar adalah satu komitmen pihak syarikat kepada kerajaan persekutuan,ia juga selari dengan sistem pendidikan negara dan rancangan jangka panjang untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir serta profesional”.

Menurut Zahid Hamidi,tumpuan Malaysia terhadap pendidikan teknikal dan vokasional serta latihan (TVET),adalah antara faktor terhadap keputusan berkenaan.

Zahid Hamidi berkata,Motorola Solutions bertekad untuk meneruskan dengan agenda pemindahan teknologi dan program ‘off set’ serta program latihan untuk meningkatkan proses pembangunan tenaga kerja.

“Kami menghargai undi keyakinan terhadap negara kami,kerana Motorola Solutions juga percaya bahawa perjanjian Perkongsian Perdagangan Trans-Pasifik adalah sesuatu yang akan memberi manfaat kepada Malaysia”.

Zahid Hamidi berkata,Brown tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa TPP hanya akan memanfaatkan negara yang maju ekonominya kerana beliau berpendapat negara lain juga akan memperoleh manfaat daripada perjanjian itu.

Beliau berharap pemimpin Amerika Syarikat pada masa  depan akan dapat meneruskan usaha yang dijalankan presiden yang akan tamat tempoh dan tiada siapa yang akan menjejaskan TPP.

TPP melibatkan 12 negara,iaitu Amerika Syarikat,Jepun,Malaysia,Vietnam,Singapura,Brunei,Australia,New Zealand,Kanada,Mexico,Chile dan Peru.

Perjanjian itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan ekonomi antara negara berkenaan,pemotongan terhadap tariff dan memupuk perdagangan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.





COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Motorola Solutions Sasar Pindah Ke Malaysia – Zahid Hamidi
Motorola Solutions Sasar Pindah Ke Malaysia – Zahid Hamidi
https://1.bp.blogspot.com/-xO9Nma8tHLk/V-jFy3WV7UI/AAAAAAAABsg/hLeBXwYrPQsB0HfanXVzG43ctQ3SU5-YgCLcB/s640/zahid5.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-xO9Nma8tHLk/V-jFy3WV7UI/AAAAAAAABsg/hLeBXwYrPQsB0HfanXVzG43ctQ3SU5-YgCLcB/s72-c/zahid5.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/09/motorola-solutions-sasar-pindah-ke_25.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/09/motorola-solutions-sasar-pindah-ke_25.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy