MH17 EMPAT PERSOALAN TELAH TERJAWAB HASIL SIASATAN JIT

Siasatan jenayah antarabangsa berkaitan insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine pada 2014 yang didedahkan...



Siasatan jenayah antarabangsa berkaitan insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine pada 2014 yang didedahkan pada Rabu merumuskan pesawat tersebut ditembak oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.

Selain fakta utama itu, berikut adalah antara beberapa penemuan lain daripada siasatan yang dijalankan oleh pasukan Siasatan Bersama (JIT), diketuai oleh pendakwa raya dari Belanda bersama pasukannya dari Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

Apakah senjata yang digunakan? 

JIT berkata bahawa mereka “mempunyai bukti yang tidak dapat disangkal bagi mengesahkan bahawa pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK daripada siri-9M38 pada 17 Julai 2014.

Keputusan ini dicapai selepas usaha menanggalkan pelbagai bahagian dan komponen peluru berpandu BUK dan membuat perbandingan dengan beberapa bahagian logam yang didapati dari lokasi insiden.

Penyiasat mengandaikan senario alternatif yang mungkin terjadi seperti kemalangan atau serangan udara namun menurut maklumat radar, tiada pesawat lain yang berada di kawasan itu.


Dari mana peluru berpandu ini dibawa?

Menggunakan gambar, video dan pintasan panggilan telefon, penyiasat dapat menjejak sistem laluan peluru berpandu yang dikatakan berasal dari Rusia.

“Sistem ini telah dibawa dari kawasan Rusia ke timur Ukraine dan kemudian dibawa menggunakan treler kecil yang dipaut kepada trak Volvo berwarna putih. Trak ini telah diiringi oleh beberapa kenderaan lain dan lelaki berpakaian seragam dan bersenjata.”

Perbualan telefon yang berjaya dipintas pada Rabu, 16 Julai 2014, 7:09 malam itu dikatakan berlaku antara dua individu berbahasa Rusia yang memihak kepada puak pemisah yang mencadangkan agar pelancar peluru berpandu itu melepasi sempadan pada malam antara 16 dan 17 Julai.

Perbualan antara individu dikenali sebagai Nikolayevich dan Sanych turut dipintas.

Nikolayevich dipetik berkata beliau tidak tahu sekiranya pihaknya dapat menunggu lagi dan bertanya jika Sanych boleh menghantar peluru berpandu tersebut pada pagi itu juga dan Sanych bersetuju untuk menghantar.

Dimana lokasi pelancaran peluru berpandu?

Lokasi terakhir sistem pelancar BUK-TELAR adalah di ladang berdekatan Pervomaiskyi yang dikatakan kawasan dikuasai puak penentang.

Saksi berkata mereka terlihat kepulan asap, BUK-TELAR di kawasan pelancaran di Pervomaiskyi dan peluru berpandu tersebut selepas ia dilancarkan dan beberapa saksi lain juga telah mengambil gambar jejak pengeluwapan dan pelancaran peluru berpandu tersebut.

Siapa dalangnya?

Penyiasat tidak mendedahkan nama-nama suspek namun mereka memberitahu bahawa mereka telah mengenalpasti lebih kurang 100 orang yang boleh dikaitkan dengan insiden MH17 dan BUK-TELAR dan siasatan akan dilanjutkan sehingga Januari 2018.

“Siapa yang memberi arahan untuk membawa BUK-TELAR dan siapa yang memberi arahan untuk menembak jatuh pesawat MH17? Adakah mereka membuat keputusan sendiri atau menerima arahan?  Ini adalah sangat penting dalam menentukan kesalahan yang dibuat oleh pelaku kesalahan,” jelas laporan siasatan.

Pihat JIT telah memuat naik beberapa pintasan panggilan telefon di laman web www.jitmh17 dan meminta sesiapa yang mengenali suara-suara tersebut untuk tampil bersama maklumat.


Malaysia mahu tindakan tegas terhadap dalang tembak jatuh MH17 - Datuk Seri Najib Razak

Malaysia mahu tindakan keras diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines MH17, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) hari ini memutuskan pesawat jenis Boeing-777 tersebut telah ditembak oleh peluru berpandu jenis BUK9838-Series yang dibawa dari Rusia dari daerah bergolak di Ukraine. 

Berdasarkan keputusan yang diperolehi hasil siasatan JIT yang diketua oleh Belanda, Malaysia bertegas mahu tindakan keras diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab. Kami telah berjanji mereka yang bertanggungjawab akan di bawa ke muka pengadilan," kata Najib kepada media Malaysia di sini, hari ini.

"Kami mahu kotakan janji kami kepada keluarga. Mereka mahukan keadilan. Jadi, kami mahu meneruskan ini," katanya. 

Menurut Najib, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Australia dan Netherlands dalam masa yang terdekat.

Hari ini, Laporan Siasatan MH17 mendedahkan pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh puak pemberontak di Kiev, Ukraine menggunakan peluru BUK9838-Series dalam satu pembentangan yang berlangsung di Nieuwegein, Netherlands pada Rabu.

Laporan Siasatan MH17 merupakan hasil siasatan komprehensif yang membabitkan JIT dan diketuai Belanda.



COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: MH17 EMPAT PERSOALAN TELAH TERJAWAB HASIL SIASATAN JIT
MH17 EMPAT PERSOALAN TELAH TERJAWAB HASIL SIASATAN JIT
https://1.bp.blogspot.com/-xumUQABa35c/V-y1iaHbgXI/AAAAAAAABuw/etPLznvscPQOCM26F3oJ2tqn-szrNb8VACLcB/s640/mh17down.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-xumUQABa35c/V-y1iaHbgXI/AAAAAAAABuw/etPLznvscPQOCM26F3oJ2tqn-szrNb8VACLcB/s72-c/mh17down.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/09/mh17-empat-persoalan-telah-terjawab.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/09/mh17-empat-persoalan-telah-terjawab.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy