Benarkah Ekonomi Malaysia Semakin Kukuh Dan Stabil ? Sejauh Mana Kebenarannya ?

Ekonomi negara mencatat pertumbuhan purata 4% bagi tempoh 8 tahun yang lalu, yang secara relatifnya rendah. Bagi tempoh Suku Kedua Tah...



Ekonomi negara mencatat pertumbuhan purata 4% bagi tempoh 8 tahun yang lalu, yang secara relatifnya rendah. Bagi tempoh Suku Kedua Tahun ini, perangkaan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan juga menunjukkan arah aliran pertumbuhan yang sama. Bagaimanapun, apabila kita menonton Berita di kaca TV atau membaca suratkabar, kenyataan rasmi melaporkan bahawa ekonomi negara adalah stabil dan disokong oleh asas-asas ekonomi yang kukuh. Kedua-dua kenyataan ini nampaknya tidak selari.


“EKONOMI Malaysia mempunyai asas kukuh walaupun dalam suasana global yang tidak menentu..” kata Datuk Seri Najib Razak, ketika mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pengurus dana terkemuka pada sesi lawatan kerja di San Francisco, Amerika Syarikat, 18 Februari 2016 - Foto BERNAMA

Sebagai rakyat biasa, kita mungkin tidak ambil kisah dengan kenyataan-kenyataan tersebut kerana kita anggap perkara itu tidak penting atau, bagi kebanyakan orang lain mereka mungkin tidak memahami fakta-fakta sebenar yang terkandung dalam kenyataan tersebut.


Purata Kadar Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 8 tahun lalu adalah 4%


Sebelum menilai sejauh mana kebenaran kenyataan-kenyataan di atas, kita perlu merujuk kepada beberapa fakta yang berkait dengan kenyataan berkaitan. Antaranya ialah KDNK, pertumbuhan ekonomi dan asas ekonomi.


Keluaran Dalam Negara Kasar

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah petunjuk yang digunakan bagi mengukur saiz sesebuah ekonomi. Dalam definisi yang paling mudah, KDNK bermakna ‘nilai pasaran (wang) bagi semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dalam jangka masa tertentu (contohnya, setahun)’.

Dalam konteks sebuah negara, nilai ini termasuk semua wang yang dibelanjakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang terlibat dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, pengguna membelanjakan wang bagi membeli keperluan barangan dan perkhidmatan, peniaga membelanjakan wang bagi keperluan perniagaan, dan kerajaan membelanjakan wang bagi melaksankan program-program pembangunan. Kalau kita campurkan semua wang yang dibelanjakan tersebut, ia sebenarnya adalah jumlah nilai yang dimaksudkan dalam KDNK.

Perangkaan-perangkaan tersebut boleh kita perolehi daripada laporan rasmi, seperti Laporan Jabatan Perangkaan atau Laporan Bank Negara.

Kadar Pertumbuhan KDNK


Satu lagi fakta yang dirujuk apabila seseorang bercakap tentang prestasi ekonomi negara ialah Kadar Pertumbuhan KDNK (kadang kala disebut pertumbuhan KDNK atau pertumbuhan ekonomi). Petunjuk ini digunakan bagi menjelaskan prestasi pertumbuhan ekonomi, iaitu perubahan kadar KDNK dari suatu tahun ke tahun berikutnya.

Bagi menunjukkan kestabilan sesebuah ekonomi, kadar perubahan KDNK dilihat mengikut tempoh siri masa tertentu, misalnya 10 tahun atau 5 tahun. Jika arah alirannya sama, tidak menunjukkan peningkatan atau penurunan yang jelas, ia dikatakan pertumbuhan tersebut adalah stabil.

Suatu fakta penting yang perlu diambil kira ialah bahawa pertumbuhan yang stabil tidak semestinya merujuk kepada kadar pertumbuhan yang tinggi. Misalnya, kenyataan rasmi merujuk pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah stabil walaupun purata pertumbuhan KDNK sepanjang tempoh 8 tahun yang lalu, adalah rendah!

Pertumbuhan yang rendah bermakna saiz ekonomi secara relatifnya berkembang secara perlahan. Aktiviti-aktiviti ekonomi dalam negeri, seperti perniagaan, perusahaan dan urusniaga masih berjalan tetapi tidak serancak seperti yang diharapkan. Sebagai rakyat, kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku, apatah lagi kalau arah aliran pertumbuhan ekonomi tidak menunjukkan peningkatan, sebaliknya menunjukkan tanda-tanda penurunan.


Asas Ekonomi Yang Kukuh

Kalau kita bangkitkan persoalan mengenai pertumbuhan yang rendah kepada penganalisis atau ahli ekonomi, jawapan yang biasa kita perolehi ialah bahawa ekonomi Malaysia adalah stabil dan disokong oleh ‘asas-asas ekonomi yang kukuh’!

Umumnya, asas-asas ekonomi dirujuk kepada petunjuk-petunjuk, seperti inflasi, pengangguran, rizab pertukaran asing, kadar faedah, lebihan dagangan, defisit, indeks komposit KLSE, dan lain-lain.



 Kalau kita menonton Berita di kaca TV atau membaca suratkabar, asas-asas ekonomi yang selalu dirujuk dalam konteks negara ini ialah inflasi, pengangguran dan defisit fiskal.

Misalnya, kadar inflasi yang rendah (2.7%) dikaitkan dengan asas ekonomi negara yang kukuh. Tetapi realitinya, suri-suri rumah merungut mengenai kenaikan harga barangan yang tinggi! Begitu juga kadar pengangguran (3.3%) dirujuk antara yang terendah di dunia kerana daripada segi teori ekonomi, sesebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran kurang daripada 5% dianggap telah mencapai tahap gunatega penuh. Tetapi realitinya, dalam kelembapan ekonomi sekarang, banyak syarikat yang tidak bercadang untuk menambah bilangan pekerja, sebaliknya merancang untuk mengurangkan saiz gunatenaga di syarikat masing-masing.

Satu lagi petunjuk yang sering dirujuk dalam analisis mengenai kestabilan ekonomi negara ialah mengekalkan difisit fiskal yang rendah (-3.2%) melalui langkah berjimat cermat dan perbelajaan kerajaan secara berhemah. Dalam definisi yang paling mudah, defisit fiskal ialah perbelanjaan negara melebihi pendapatan. Defisit fiskal yang rendah perlu dikekalkan sekiranya ia adalah bagi tujuuan perbelanjaan mengurus, seperti bayaran gaji, elaun, perkhidmatan dan lain-lain. Tetapi, dalam kontkes perbelanjaan pembangunan defisit perlu bagi meransang aktiviti ekonomi dalam negeri, terutama dalam keadaan ekonomi yang lembab.

Benarkah ekonomi Malaysia stabil dan kukuh?

Kita perlu waspada apabila mengintrepetasi kenyataan ‘ekonomi negara yang stabil dan disokong asas-asas ekonomi yang kukuh’. Ini kerana, (i) Pertumbuhan yang ‘stabil’ bukan merujuk kepada kadar pertumbuhan yang tinggi. (ii) Pertumbuhan yang ‘stabil’ juga tidak memberi jaminan bahawa ekonomi negara akan terus makmur. (iii) Justifikasi bahawa kestabilan ekonomi disokong oleh ‘asas-asas ekonomi yang kukuh’ tidak selamanya kekal kerana angka-angka yang dirujuk boleh berubah pada bila-bila masa. (iv) Tambahan pula, arah aliran umum mengenai kestabilan ekonomi tidak boleh disandarkan berasaskan petunjuk-petunjuk terpencil, seperti pengangguran, inflasi dan defisit fiskal. (v) Pengalaman lepas membuktikan kepada kita bahawa asas-asas ekonomi yang kukuh tidak berupaya melindungi negara daripada ancaman kegawatan ekonomi.

Dr. Muzahet Masruri, Ph.D (Economics),  University of East Anglia, United Kingdom

http://l.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.heritage.org%2Findex%2Fcountry%2Fmalaysia&h=RAQHnA3Q1

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Benarkah Ekonomi Malaysia Semakin Kukuh Dan Stabil ? Sejauh Mana Kebenarannya ?
Benarkah Ekonomi Malaysia Semakin Kukuh Dan Stabil ? Sejauh Mana Kebenarannya ?
https://3.bp.blogspot.com/-qtsv9qiq4cU/V8-PlfOdjjI/AAAAAAAABoY/69qT3U-JSL4e9Q7jl42juJI9RRX22v9xwCLcB/s640/Ekonomi%2BMalaysia%2BMulai%2BKukuh.png
https://3.bp.blogspot.com/-qtsv9qiq4cU/V8-PlfOdjjI/AAAAAAAABoY/69qT3U-JSL4e9Q7jl42juJI9RRX22v9xwCLcB/s72-c/Ekonomi%2BMalaysia%2BMulai%2BKukuh.png
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/09/benarkah-ekonomi-malaysia-semakin-kukuh.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/09/benarkah-ekonomi-malaysia-semakin-kukuh.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy