Strategi Lautan Biru Kebangsaan Satu Kejayaan Hebat- Najib

Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilaksanakan Malaysia telah mentransformasikan secara radikal kaedah penyampaian p...



Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilaksanakan Malaysia telah mentransformasikan secara radikal kaedah penyampaian perkhidmatan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kebanyakan strategi lautan biru yang digariskan telah menghasilkan keputusan yang diinginkan - berimpak tinggi, kos rendah, pelaksanaan yang pantas, keterangkuman sosial selain daripada galakan dan sokongan untuk inovasi.

"Kamu boleh mendengar hasilnya," katanya pada Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru (ICBOS) di sini Selasa.

ICBOS yang bertemakan 'Mentransformasi Negara melalui Kreativiti dan Inovasi' diadakan bersempena Minggu Antarabangsa NBOS yang bermula Ahad lalu dan berakhir 20 Ogos di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Najib berkata di bawah NBOS, sektor awam mengambil banyak inisiatif dengan membenarkan perkongsian maklumat dan membenarkan peningkatan kreativiti dan inovasi bagi menyampaikan perkhidmatan terbaik dengan keputusan yang sebenar berserta dengan peningkatan, memaksimumkan hasil dan meningkat nilai sumbernya.



Sejak pelaksanaannya pada tahun 2009, Najib berkata lebih daripada 80 kementerian dan agensi bersatu tenaga untuk mencipta penyelesaian berimpak tinggi bagi memenuhi keperluan semasa.

Beliau memberi contoh Pusat Transformasi Bandar (UTC), satu pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung dari pukul 8 pagi hingga 10 malam, tujuh hari seminggu di bandar-bandar seluruh Malaysia, sebagai satu contoh terbaik keberkesanan NBOS.

UTC telah menjimatkan sebanyak RM1.5 bilion kerana menggunakan bangunan yang tidak digunakan sepenuhnya dan tidak memerlukan kerajaan membina bangunan baharu bagi menyediakan perkhidmatan sehenti itu.

"Kami membangunkan dan mengoperasikannya dengan pantas. Ia mengambil masa kurang daripada dua bulan daripada pembentangan idea asal sehingga rakyat boleh memperbaharui pasport mereka, membayar bil utiliti mereka dan menikmati perkhidmatan kerajaan di UTC Melaka," kata Najib.

Kini terdapat 15 UTC di seluruh negara.

Beliau berkata UTC terbukti sangat popular, yang mana antara Jun 2012 hingga Julai 2016, ia merekodkan 35.3 juta pengunjung.

"UTC telah mentransformasikan amalan kerja kerajaan untuk memastikan kami menyampaikan perkhidmatan dalam keadaan yang paling selesa.

Terletak di lokasi yang mana rakyat amat memerlukannya, dan dibuka sehingga lewat malam termasuk di hujung minggu," katanya.

-- BERNAMA

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Strategi Lautan Biru Kebangsaan Satu Kejayaan Hebat- Najib
Strategi Lautan Biru Kebangsaan Satu Kejayaan Hebat- Najib
https://2.bp.blogspot.com/-VteYOIfJIdo/V7K_TM4caXI/AAAAAAAABhg/X8IqPTKhHKo7PC8C-4eDT-W25yRAmY9GQCLcB/s640/book.png
https://2.bp.blogspot.com/-VteYOIfJIdo/V7K_TM4caXI/AAAAAAAABhg/X8IqPTKhHKo7PC8C-4eDT-W25yRAmY9GQCLcB/s72-c/book.png
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/08/strategi-lautan-biru-kebangsaan-satu.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/08/strategi-lautan-biru-kebangsaan-satu.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy