TANGGUNGJAWAB KERAJAAN PERSEKUTUAN MEMBERI DANA DAN BANTUAN

"Mana-mana kerajaan akan membantu rakyatnya. Jika tiada pilihan raya, bantuan dan peruntukan juga disalurkan sebab (kami) keraj...







"Mana-mana kerajaan akan membantu rakyatnya. Jika tiada pilihan raya, bantuan dan peruntukan juga disalurkan sebab (kami) kerajaan persekutuan bukan kerajaan berlandaskan kepada kepimpinan politik bermusim.


"Kita tidak hanya datang ketika pilihan raya. Kita bukan kelawar dan keluang yang mengutip buah ketika musim buah sebaliknya kita memberi kesinambungan peruntukan. Ini adalah tanggungjawab kami membantu rakyat,"


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemberian bantuan dan dana kepada Sarawak adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembangunan di negeri ini.

Beliau berkata bantuan yang disalurkan bukan secara bermusim atau ketika pilihan raya sahaja malah ia juga berdasarkan permintaan dan keperluan negeri.


Zahid Hamidi diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang kononnya pengumuman dana untuk Kem Pasukan Gerakan Am (PGA),Batu Kawa semalam adalah satu tindakan cubaan membeli undi.

Zahid Hamidi berkata kehadiran menteri persekutuan membantu BN Sarawak adalah merupakan tanggungjawab anggota pentadbiran kerajaan apabila berada dalam parti yang sama.

"Saya berharap apa yang telah disumbangkan bukan sahaja membantu rakyat secara langsung, ia juga menunjukkan keikhlasan yang dilakukan kerajaan pusat.

"Ini menunjukkan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jarang bermukim begitu panjang pada (mana-mana) pilihan raya negeri. Kesungguhan perdana menteri adalah untuk menterjemahkan sokongan peribadi kepada (Ketua Menteri Tan Sri) Adenan (Satem)dan juga rakyat Sarawak," katanya.

Kita turun ke bawah bukan sekadar membantu dari segi sokongan moral tetapi juga memenuhi keperluan pembangunan dan peruntukan ikut bidang masing-masing. Sebenarnya, Sarawak memerlukan banyak peruntukan untuk pembangunan infrastruktur, pendidikan dan juga bantuan lain.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang melawat banyak tempat di Sarawak sejak hari penamaan calon pada 25 April untuk Pilihan Raya Sarawak ke-11, berkata respons keseluruhan pengundi adalah amat positif dan menggalakkan berbanding pilihan raya sebelum ini.








COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: TANGGUNGJAWAB KERAJAAN PERSEKUTUAN MEMBERI DANA DAN BANTUAN
TANGGUNGJAWAB KERAJAAN PERSEKUTUAN MEMBERI DANA DAN BANTUAN
https://4.bp.blogspot.com/-dnQ36uwRjMs/VymtCI901SI/AAAAAAAABRo/ms6DTF4J7uYseeZvPv5s1KUJY94OHARzQCLcB/s400/zahidsarawak.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-dnQ36uwRjMs/VymtCI901SI/AAAAAAAABRo/ms6DTF4J7uYseeZvPv5s1KUJY94OHARzQCLcB/s72-c/zahidsarawak.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2016/05/tanggungjawab-kerajaan-persekutuan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2016/05/tanggungjawab-kerajaan-persekutuan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy